Nabil tak menyesal peluk Irma spontan

Diterbitkan: Isnin, 13 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Nabil akui memeluk Irma secara spontan kerana terlalu gembira sebaik memenangi gelaran utama ABP tahun ini
Nabil akui memeluk Irma secara spontan kerana terlalu gembira sebaik memenangi gelaran utama ABP tahun ini

AKSI spontan Bintang Paling Popular 2008, Ahmad Nabil Ahmad atau Nabil yang memeluk kekasihnya, Irma Hasmie sebaik diumumkan sebagai pemenang utama Anugerah Bintang Popular kali ini cukup mengejutkan banyak pihak.

Ramai yang tidak menyangka Raja Lawak musim kedua itu berani berbuat demikian di hadapan ribuan penonton yang turut boleh disaksikan secara langsung di kaca televisyen menerusi TV3.

Nabil yang turut berjaya dua kemenangan iaitu anugerah Artis Komedi Lelaki Popular dan Artis Baru Lelaki Popular bagaimanapun membuat penjelasan tentang hal itu yang mana Irma sendiri sebenarnya turut terkejut dengan tindakan Nabil.

“Saya peluk dia secara spontan, jadi saya tak menyesal sebab itu merupakan cara saya meluahkan perasaan gembira.

"Lagipun, dia merupakan tempat untuk saya meluahkan perasaan, semasa saya susah dan senang,” kata Nabil selepas majlis tersebut berakhir.

Nabil bagaimanapun sedar perlakuannya itu pasti akan menimbulkan satu kontroversi.

“Saya minta maaf kalau apa yang orang nampak itu melampaui batas dan terpeluk di tempat yang salah.

“Selepas ini, saya tidak akan buat lagi, sehinggalah dia menjadi isteri saya,” ujar Nabil yang merancang untuk mendirikan rumah tangga dalam tempoh dua tahun lagi.

Seperti yang disaksikan oleh jutaan penonton, Nabil turut mengaku yang itu merupakan pertama kali dia memeluk Irma.

“Orang pernah cakap meluat tengok saya peluk Irma kat Shopping Complex tetapi saya tak pernah buat pun.

“Saya hanya pernah pegang tangan dan bahunya,” akui Nabil.

Sementara itu, Irma turut meluahkan perasaan terkejutnya kerana tidak menyangka Nabil akan memeluknya.

“Namun, Nabil sudah minta maaf dengan saya kerana dia tidak sengaja. Lagipun, dia terkesima dan terlalu ‘excited’,” luah Irma yang bergaya anggun dengan pakaian berwarna merah rekaan Betty.

Nabil pula mengenakan sut berwarna sedondon dengan Irma rekaan Michael Shu.

Dengan kemenangan sebagai Bintang Paling Popular 2008, Nabil berjaya membawa pulang hadiah berjumlah lebih RM250,000 berupa kereta Nissan Sylphy 2.0L berharga RM109,000, barang kemas Rafflesia (RM150,000) dan perabot Empayar Classic (RM30,000).

Nabil berkata dia bercadang hendak menggunakan kereta yang diterimanya itu.

Jejaka berasal dari Mambau, Negeri Sembilan ini juga tidak menjangkakan yang dia akan menang besar dalam anugerah berprestij itu.

“Saya langsung tak ‘expect’ akan menang kerana ingatkan Mawi yang menang. Saya memang relaks ‘gila’. Jangkaan saya memang rendah dan orang akan ‘vote’ saya untuk menang.

“Saya bajet Saiful Apek akan menang anugerah Artis Komedi Lelaki Popular. Saya hanya ‘target’ mungkin menang anugerah Artis Baru Lelaki Popular. Kalau saya tak menang pun, mungkin Riz, Nubhan atau Fizow Omar kerana mereka lebih kacak dari saya,” ujarnya dalam nada gembira.

Ditanya perasaanya apabila dia telah menewaskan Saiful Apek yang sebelum ini mengungguli gelaran Artis Komedi Lelaki Popular selama enam tahun berturut-turut, Nabil menjawab:

“Saya tidak tewaskan dia tetapi Apek dapat pelapis untuk teruskan bakat dalam industri kerana dia seperti abang saya.

“Begitu juga dengan orang sekeliling saya yang tercalon iaitu Afdlin Shauki, Zizan yang sama-sama berkawan dengan saya. Saya baru lagi dan mereka banyak membantu saya.

"Jadi, saya ucapkan terima kasih sangat-sangat.”

Ironinya, Nabil masih lagi sama seperti Nabil yang dulu dan dia berjanji akan mengekalkan identitinya yang selamba itu.

“Saya bersyukur dan tahu orang ramai telah menyokong saya. Jadi, saya perlu memberikan yang terbaik setelah mereka memberikan peluang untuk saya berdiri di atas pentas itu. “Saya tidak akan lupa diri dan di luar saya masih selamba,” janji Nabil yang turut mengaku masih memakai pakaian ‘bundle’.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan