Nabil Bintang Popular 2008!

Diterbitkan: Isnin, 13 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Nabil dinobatkan sebagai Bintang Popular 2008
Nabil dinobatkan sebagai Bintang Popular 2008

GENTING HIGHLANDS: Juara Raja Lawak musim kedua, Ahmad Nabil Ahmad atau Nabil dinobatkan sebagai Bintang Popular 2008 sempena Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) yang berlangsung di sini, malam tadi.

Kejayaan Nabil itu sekaligus menewaskan penyanyi sensasi Mawi yang telah mengungguli gelaran tersebut tahun lalu selama tiga tahun berturut-turut.

Nabil turut berjaya meraih dua anugerah iaitu untuk kategori Artis Komedi Lelaki Popular dan Artis Baru Lelaki Popular.

Selain Nabil, artis yang baru pertama kali memenangi anugerah pada acara berprestij itu ialah Stacy menerusi kategori Artis Baru Wanita Popular, Meet Uncle Hussein (Penyanyi Berkumpulan/Duo Popular), Noorkhiriah (Artis Komedi Wanita Popular) dan Que Haidar (Pelakon Filem Lelaki Popular).

Paling menarik, Datuk Siti Nurhaliza berjaya mengekalkan gelaran Penyanyi Wanita Popular bagi 12 tahun berturut-turut manakala Mawi buat kali keempat tetap menjadi pilihan untuk merangkul gelaran Penyanyi Lelaki Popular.

Kumpulan nasyid Rabbani pula kali kelapan masih terpilih sebagai Penyanyi/Artis Nasyid Popular.

Pengacara nombor satu negara, Aznil Nawawi buat kali keenamnya berjaya meraih gelaran Pengacara TV Lelaki Popular manakala Fara Fauzana dipilih sebagai pemenang gelaran yang sama bagi kategori wanita.

Fara turut meraih anugerah bagi kategori Penyampai Radio Wanita Popular manakala rakan seperjuangannya, Faizal Ismail memenangi gelaran Penyampai Radio Lelaki Popular.

Pelakon Rosyam Nor dan Dynaz berjaya merangkul anugerah bagi kategori Pelakon TV Lelaki/Wanita Popular.

Maya Karin pula meraih gelaran Pelakon Filem Wanita Popular.

Dalam pada itu, penyanyi Jamal Abdillah turut diberi pengiktirafan untuk menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan