Madonna ingin beli rumah di Malawi

Diterbitkan: Isnin, 13 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Madonna dilihat berada di kampung Magwelo di pinggir bandar Lilongwe baru-baru ini.
Madonna dilihat berada di kampung Magwelo di pinggir bandar Lilongwe baru-baru ini.

BINTANG pop Madonna ingin membeli sebuah rumah di Malawi meskipun permohonannya untuk mendapatkan anak angkat ditolak oleh mahkamah.

Madonna dikatakan telah mengupah arkitek di situ untuk menyediakan pelan rumah tersebut.

Thesun.co.uk melaporkan, Madonna percaya langkah itu adalah baik untuk anak angkat lelakinya, David Banda membesar di tempat lahirnya.

Sumber memberitahu: "Madonna mempunyai satu plot tanah yang besar dan cantik di situ. Dia merancang untuk membina sekolah perempuan di Chinkhota dan reka bentuk sedang dihasilkan.

"Namun, dia telah berjumpa dengan pereka bentuk dan meminta mereka menempatkan sebuah rumah keluarga di atas plot atau tanah yang bersebelahan."

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan