Britney Spears henti pertunjukan Vancouver kerana asap rokok - Berita Hiburan | mStar

Britney Spears henti pertunjukan Vancouver kerana asap rokok

Diterbitkan: Isnin, 13 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Spears tidak tahan asap rokok dan marijuana
Spears tidak tahan asap rokok dan marijuana

BRITNEY Spears meninggalkan konsertnya yang menghimpunkan seramai 18,000 peminat di GM Place secara terburu-buru ekoran masalah pengudaraan.

Diva pop itu baru memulakan persembahannya kira-kira 15 minit lalu selepas terhidu asap rokok dan marijuana.

Selepas Spears meninggalkan pentas, para penganjur mengumumkan adalah `tidak selesa dan selamat untuk Ms. Spears dan penghibur lain' untuk meneruskan persembahan disebabkan oleh asap rokok dan marijuana.

"Tetapi persembahan ini akan diteruskan selepas persekitaran pentas bebas daripada asap," kata penganjur sambil memberikan jaminan kepada kumpulan peminat di GM Place.

Ketika menunggu, para penonton meneriakkan namanya (Spears) berulang-ulang dan meminta diva pop itu meneruskan persembahannya.

Akhirnya, Spears kembali ke pentas untuk membuat persembahan selama sejam lagi tetapi dia merayu mereka tidak merokok.

Bagaimanapun, penganjur menjelaskan, tiada isu keselamatan yang timbul di tempat tersebut dan menganggapnya berpunca daripada masalah pengudaraan.

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan