Aamir cuti, isteri kerja - Berita Hiburan | mStar

Aamir cuti, isteri kerja

Diterbitkan: Isnin, 13 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Aamir ingin bercuti selepas bekerja dua tahun, 24/7
Aamir ingin bercuti selepas bekerja dua tahun, 24/7

BINTANG handalan, Aamir Khan yang telah bekerja tanpa henti selama dua tahun telah mengambil cuti selama dua bulan untuk menghabiskan masa bersama anak-anaknya.

Namun, isterinya Kiran tidak dapat menemani mereka kerana sibuk mengarahkan filem Dhobi Ghaat.

"Akhirnya! Saya dapat bercuti bersama anak-anak selepas bekerja dua tahun, 24 jam sehari selama tujuh hari. Malangnya, Kiran tidak dapat bersama kami kerana sibuk dengan filemnya," Aamir mengemaskinikan blognya aamirkhan.com.

Untuk dua tahun kebelakangan ini, Aamir telah mengeluarkan dua filem iaitu "Taare Zameen Par" dan "Ghajini". Pelakon itu juga terlibat dengan filem box-office anak saudaranya, Imran Khan yang bertajuk "Jaane Tu... Ya Jaane Na".

Menurutnya, dia "benar-benar" memerlukan rehat selepas jadual padat dengan aktiviti.

"Selepas bercuti, saya akan lebih segar dan fokus terhadap kerja-kerja saya," beliau menulis.

Pelakon itu dijadualkan kembali daripada cutinya pada pertengahan Mei.

Projek filem seterus untuk Amir ialah "Three Idiots" arahan Rajkumar Hirani.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan