Suara Anuar tetap lunak walaupun batuk

Diterbitkan: Jumaat, 10 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Anuar Zain komited memberikan persembahan terbaik kepada peminatnya walaupun batuk. -foto The Star oleh SAM THAM
Anuar Zain komited memberikan persembahan terbaik kepada peminatnya walaupun batuk. -foto The Star oleh SAM THAM

BIARPUN berdeham beberapa kali dalam persembahan lebih sejam, penyanyi tersohor, Anuar Zain tetap berjaya menghiburkan hampir 1,000 tetamu Minggu Setiausaha anjuran Sime Darby Convention Centre di Bukit Kiara, semalam.

Apabila selebriti itu menampilkan diri dengan berpakaian kot, tepukan gemuruh menggamatkan suasana dewan Grand Ballroom.

Sambutan yang diberikan kepada penyanyi kacak itu begitu hangat.

Di bawah pentas, tetamu khususnya setiausaha pula sibuk mengambil gambar Anuar secara lebih dekat.

Memasuki lagu ketiga pada petang itu, penyanyi sudah merasai `kehangatan' persembahan yang dibawanya. Anuar membuka baju kotnya sekali gus disusuli jeritan para peminatnya.

Beliau meneguk air beberapa kali yang dibekalkan oleh pengurusnya, Rohila Tahir untuk mengurangkan batuknya. Menariknya, lontaran suara penyanyi itu tetap lunak.

Bukan sekadar menyanyi, Anuar juga menghiburkan para tetamu. Anuar pandai menyulamkan pelbagai aksi menarik sepanjang persembahan menakjubkannya itu.

Dia menyanyi berdiri, berjoget serta ber`duet' bersama-sama dengan pemain saksofon, Morris. Selain itu, Anuar kelihatan menudingkan jari kepada seorang peminatnya yang berdiri nun di ceruk dewan sambil mendendangkan lagu hitnya.

Untuk mendekatkan dirinya dengan para tetamu yang kebanyakannya peminatnya, artis tersebut turun dari pentas lantas berjalan kaki di celah-celah meja.

Hubungan mesra Anuar dengan peminatnya jelas terserlah. Mereka bersentuhan pipi, bersalaman dan mengambil foto untuk dijadikan tatapan indah kelak.

Dalam satu aksi cukup meletup, seorang peminat memakaikan Anuar baju syarikatnya yang berwarna jingga dan tertera eduwebtool.com . Itu terus meningkatkan suhu petang itu.

"Saya ingin mereka berasa seronok... saya bukan sahaja ingin menyanyi tetapi menghiburkan mereka. Amat penting bagi saya untuk menjalin silaturrahim antara peminat dan saya," akui Anuar pada sidang akhbar sejurus selepas persembahan menarik itu.

Penyanyi itu berkata, walaupun dirinya kurang sihat, dia tetap menyajikan persembahan terbaiknya bagi menawan hati para tetamu.

Antara lagu-lagu yang dibawakannya ialah Ketulusan Hati, Tinggalkan Aku, Kau Bunga Cintaku, Tak Lelah, Lelaki Ini, Hanya Milikmu, Bidadari, Jangan Pernah Lagi, Teman Terulung, Perpisahan, Cinta.

Semestinya, lagu Lelaki ini menjadi kemuncak persembahannya. Dia memberikan penghormatan kepada para peminatnya dengan menundukkan kepalanya.

Terdahulu, gelagat lucu pelawak Dee menyebabkan semua tetamu ketawa terbahak-bahak. Dee juga mengajak enam tetamu ke pentas untuk dimekap menjadi Legenda Rock Sudirman, Alleycat dan Anuar Zain sendiri!

Artis jemputan, Fazli Zainal turut mendendangkan lagu `Kalbu' yang terdapat dalam album keduanya kepada tetamu.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan