Eva Mendes mendedahkan `bahaya' makan kari India di bilik tidur!

Diterbitkan: Jumaat, 10 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Eva Mendes `bertaubat' dan tidak makan kari di katil
Eva Mendes `bertaubat' dan tidak makan kari di katil

EVA Mendes gemar makan kari India di bilik tidur tetapi selepas satu pengalaman buruk, dia enggan berbuat demikian lagi.

Bintang The 2 Fast 2 Furious itu mengaku, dia selalu makan kari di katil sambil menonton rancangan kegemarannya.

The China Daily melaporkan, satu `bahaya' makan kari telah memberi pengajaran agar tidak cuba lagi berbuat demikian di bawah tilam.

Menurutnya: "Saya mempunyai pelbagai kenikmatan yang `salah'! Salah satunya ialah makan di katil sambil menonton televisyen. Bunyi pelik tetapi saya sangat menyukainya. Saya suka menonton program kegemaran saya dengan hidangan makanan atas dulang diletakkan di atas riba saya.

"Saya mula sedar makan makanan India di bilik tidur sebenarnya kurang wajar. Saya pernah melakukan kesilapan itu sebelum ini dan justeru, tidak lagi! Bagaimanapun saya suka makan snek. Oleh itu, anda selalu melihat saya makan sesuatu."

Aktres itu yang kini merupakan model aiskrim Magnum Temptation mendedahkan, dia mendapati sukar untuk meninggalkan coklat. Malah, dia `mencari' coklat.

Dia memberitahu akhbar Australia Sydney Morning Herald: "Saya sangat suka makan coklat! Saya bersenam setiap hari - sekurang-kurangnya lima hari seminggu.

"Saya menghabiskan banyak masa di gimnasium untuk membolehkan saya makan lebih banyak coklat. Nikmat diperoleh melalui keperitan!"

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan