Drew Barrymore mendambakan cabaran baru - Berita Hiburan | mStar

Drew Barrymore mendambakan cabaran baru

Diterbitkan: Jumaat, 10 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Drew Barrymore ingin mengarah filem.
Drew Barrymore ingin mengarah filem.

AKTRES Hollywood Drew Barrymore, menurut laporan Sun online, mendedahkan dia mendambakan cabaran baru seperti mengarahkan satu filem.

"Saya berada dalam 30-an sekarang, dan saya benar-benar ingin mencuba semua perkara yang belum pernah saya cuba setakat ini. Misalnya, mengarahkan drama," katanya.

"Saya telah dan masih menghasilkan banyak cerita cinta yang menarik. Dan begitulah keadaannya untuk 10 tahun sepanjang hayat saya.

"Sekarang saya berasa, `Okey, kini saya tahu bagaimana untuk melakukannya'. Saya ingin berasa takut lagi," tambahnya.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan