David Archuleta kacak berbaju Melayu dan bersamping

Diterbitkan: Jumaat, 10 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

David tampil kacak bergaya dengan berbaju Melayu hijau dan bersamping songket. -foto The Star oleh SIA HONG KIAU
David tampil kacak bergaya dengan berbaju Melayu hijau dan bersamping songket. -foto The Star oleh SIA HONG KIAU

SEAWAL usia 19 tahun, penyanyi remaja kelahiran American Idol, David Archuleta sudah berjaya meraih populariti.

Jejaka yang popular dengan lagu ‘Crush’ dan ‘A Little Too Not Over You’ dan murah dengan senyuman ini pandai mengendalikan kariernya dan bijak menyusun strategi dalam mengekalkan populariti yang diraih sekarang ini.

Mungkin disebabkan pengaruh bapanya, seorang pemuzik jazz yang selalu bermain trumpet di sekitar rumahnya manakala ibunya pula pernah bergelar seorang penyanyi yang melakukan persembahan bersama tiga saudara perempuannya yang menamakan kumpulan mereka sebagai Mayorga Sisters.

Ketika hadir di sidang media di Sunway Lagoon, semalam, David yang tidak lekang dengan senyuman kelihatan kacak bergaya dengan baju Melayu berwarna hijau dan bersamping songket.

Begitu meriah sekali pihak penganjur Sony Music Sdn. Bhd. meraikan kedatangan David dengan iringan paluan kompang.

Gayanya yang bersahaja dan asyik tersenyum itu langsung menampakkan keramahan dan kemesraannya dengan pihak media yang bukan sahaja dihadiri oleh media Malaysia malah juga media dari Indonesia.

Ini kerana David hanya melakukan promo jelajah di Malaysia dan Singapura bagi negara di Asean.

Dia sedang mempromosikan album sulungnya yang telah terjual hampir 10,000 unit selain melakukan showcase ‘David Archuleta Live in KL’ di Sunway Lagoon, melakukan lawatan kejutan ke sebuah sekolah yang bertuah dan bertemu mesra dengan para peminat serta ditemubual oleh pihak media.

Menerusi peraduan ‘never-been-done-before’ yang dianjurkan oleh Sony Music dan Hitz FM, peraduan tersebut dibuka kepada pelajar sekolah menengah di Malaysia untuk memenangi hadiah berupa peluang bertemu dengan David di sekolah mereka.

Peraduan tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan dengan jumlah 104,480 penyertaan.

Sekolah Sri KDU telah terpilih sebagai pemenang setelah berjaya mendapat 65,700 mata.

Sepanjang penampilannya di Sri KDU, David telah memberikan sedikit kata-kata motivasi untuk diinpirasikan kepada pelajar.

David juga telah berkongsi cerita tentang bagaimana dia mencapai cita-citanya bergelar seorang penyanyi seperti sekarang selain sesi bersoal jawab di mana pelajar boleh mengenali lebih dekat dengan David.

Di penghujung lawatan itu, David juga telah memenangi hati pelajar dan guru di Sri KDU dengan persembahan ‘impressive’ menerusi dua buah lagu hitsnya iaitu Crush dan A Little Too Not Over You.

Ditanya tentang bagaimana dia melalui zaman remajanya sekarang, David berkata dia menjalani kehidupan seperti remaja biasa yang lain.

“Saya masih berlibur bersama keluarga di rumah dan di luar. Saya juga mempunyai ramai kawan dan saya selalu menghiburkan mereka,” ujarnya.

Bercerita mengenai perancangannya di masa hadapan, David berkata dia mungkin akan mengubah strateginya mengikut perkembangan usianya.

“Saya tidak akan menjadi remaja sepanjang masa. Sekarang, saya lebih menyukai rentak pop tetapi selepas ini saya ingin membuat lagu yang boleh disesuaikan dengan selera semua orang.

“Kalau boleh saya ingin melihat sisi yang berbeza daripada semua lagu saya,” ulasnya.

Diaju tentang baju Melayu yang dipakainya itu, David memuji ‘cool, awesome’ pantas memberitahu yang dia pernah melihat sesetengah orang yang memakai baju Melayu di Amerika Syarikat.

“Memandangkan saya baru pertama kali memakainya, ia memberikan satu pengalaman baru yang berbeza untuk saya,” luahnya yang menghabiskan masa selama empat hari di sini.

Saksikan showcase David Archuleta Live in KL di Sunway Lagoon Amphitheatre pada Sabtu ini, 11 April mulai pukul 3 petang.

David akan menyampaikan lagu-lagu dari album sulungnya seperti Crush, A Little Too Not Over You, Touch My Hand, You Can, Angels dan banyak lagi.

Artis Malaysia iaitu Alif Satar ‘One In A Million’, Daniel Lee ‘Malaysian Idol’ dan Hou Ren ‘Astro Talent Quest 2008’ turut menjayakan persembahan pembuka konsert ini.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan