Wan Nor Azlin wanita ‘high-class’?

Diterbitkan: Khamis, 9 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Azlin akui dia terbiasa hidup mewah selepas berkahwin dengan Yazli yang jenis ‘high society’. -foto mStar oleh SITI AZIRA ABD. AZIZ
Azlin akui dia terbiasa hidup mewah selepas berkahwin dengan Yazli yang jenis ‘high society’. -foto mStar oleh SITI AZIRA ABD. AZIZ

BAHANA biasa hidup mewah, aktres Wan Nor Azlin meminta jumlah tuntutan nafkah yang agak tinggi kepada suaminya, Mohd. Yazli Yaacob ketika memberikan keterangan pertama semalam.

Jumlah keseluruhan nafkah untuk diri-sendiri dan anak-anaknya seperti dibacakan semalam mencecah RM22,000 setiap bulan.

Bagi nafkah diri sendiri sahaja, Azlin telah meminta sebanyak RM5,000 setiap bulan untuk kegunaan peribadi seperti pakaian, penampilan diri, mekap dan rawatan muka bayaran telefon bimbit, servis kereta Mercedes, minyak kereta dan tol, mengaji al-Quran oleh Ustazah yang datang mengajar di rumahnya.

Azlin akui dia terbiasa hidup mewah selepas berkahwin dengan Yazli yang jenis ‘high society’.

“Suami saya selalu membeli barang-barang mewah dan kami sendiri duduk di kawasan perumahan elit. Dia sudah manjakan kami dengan kehidupan begitu.

“Jadi, saya akan tuntut seperti apa yang dia telah berikan selama ini. Sama ada dia mampu atau tidak, dia perlu kemukakan kepada mahkamah.

“Dia tidak sepatutnya terus menghilangkan diri dan melaksanakan tugasnya sebagai suami. Selepas dia meninggalkan rumah, banyak perbelanjaan yang perlu saya bayar sendiri,” katanya.

Azlin bagaimanapun tidak kisah sekiranya Yazli tidak mampu untuk melunaskan jumlah yang dituntutnya itu tetapi sekurang-kurangnya bertanggungjawab dengan diri dan anak-anaknya.

“Kalau dia hanya mampu keluarkan RM100 pun saya terima,” luah ibu kepada tiga orang anak ini.

Mereka adalah Danial Luqman, 8, Danny Iskandar, 7, dan Dania Camelia, 4.

Jelas Azlin, dia masih mengharapkan ihsan Yazli walaupun sehingga kini belum menunjukkan respons untuk pulang ke sisinya dan anak-anak.

“Saya memang tiada pilihan lain kerana di mana lagi saya harus mengadu. Kalau ibu tunggal, memang banyak hak tetapi ibu tinggal seperti saya tiada hak untuk diberikan bantuan.

“Sampai bila dia mahu tinggalkan kami sedangkan saya masih isterinya,” tambah Azlin lagi.

Dia akur dengan setiap keputusan mahkamah walaupun tarikh keterangan kedua pada 2 Jun nanti dirasakan agak lama.

“Apa yang saya perlu lakukan. Perbelanjaan harian harus diteruskan. Saya rasa agak kecewa tetapi dalam masa yang sama perlu bersabar,” katanya.

Menyentuh tentang karier seninya, Azlin sedang menjalani pengambaran drama rantaian Cinta Dari Mukah untuk RTM1 dan baru selesai berlakon drama bersiri Comel yang disiarkan di TV3.

Walaupun bekerja, Azlin akui pendapatan yang dimilikinya itu tidak mampu untuk menampung kesemua perbelanjaan harian dan persekolahan anak-anaknya.

“Bayaran lakonan yang saya terima tidak menentu. Sudah tiga minggu saya tidak mempunyai job. Minggu depan baru ada. Kehidupan saya dan anak-anak ibarat kais pagi makan pagi,” jelas Azlin.

Semasa di mahkamah semalam, Azlin memberitahu Yazli ada menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepadanya.

Mesejnya seolah-olah mahu Azlin memikirkan sendiri apabila meminta Yazli hadir ke mahkamah.

“Saya kecewa dengan responsnya tetapi bagaimanapun saya tetap mahu tahu keputusan mahkamah.

“Mungkin selepas ini saya akan fikirkan keputusan lain pula,” tutur Azlin yang enggan menjelaskan tentang keputusan tersebut.

Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya semalam tetap meneruskan perbicaraan kes tuntutan nafkah Wan Nor Azlin ke atas Yazli dengan mengambil keterangan sebelah pihak setelah Yazli gagal menghadirkan diri.

Azlin, 41, yang diwakili oleh peguam syarie Fakhrul Azman Abu Hassan memberikan keterangan pertama pada hari ini di hadapan Hakim Syarie Ghazali Ahmad.

Keterangan Azlin disambung pada 2 Jun untuk tuntutan nafkah diri-sendiri manakala 24 Jun untuk tuntutan nafkah anak-anak.

Pada 28 Januari lalu, mahkamah tidak membenarkan Azlin mengeluarkan waran tangkap terhadap Yazli disebabkan dia gagal mengecam alamat tempat tinggal suaminya itu.

Pada 15 Disember lalu, Azlin yang pernah menerima ugutan ‘ah long’ enggan melakukan proses Sulh semula seperti yang diminta oleh suaminya sebaliknya dia ingin meneruskan perbicaraan mengenai kes tersebut.

Pada 12 Disember lalu, Yazli hadir ke mahkamah dengan mengemukakan surat permohonan tersebut.

Pada 18 November lalu, proses Sulh Azlin yang difailkan pada 29 Oktober lalu gagal dibicarakan kerana Yazli tidak hadir ke mahkamah.

Sehingga kini, Yazli belum pulang selepas meninggalkan rumah sejak 10 Julai lalu. Pertama kali Azlin dan anak-anaknya ditinggalkan ialah pada tahun 2001 selama 40 hari, manakala pada tahun 2005 selama dua tahun.

Sebelum ini, pada 30 Julai lalu, rumah Azlin telah disimbah cat merah kerana suaminya gagal membayar hutang ‘ah long’.

Pada 14 Ogos lalu, suaminya yang merupakan seorang peguam tampil pada satu sidang akhbar menjelaskan tentang kehilangannya.

Yazli menjelaskan punca dia menghilangkan diri kerana terlalu tertekan akibat diburu 31 ‘ah long’ selepas gagal membayar tunggakan hutang mencecah RM1 juta.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan