Tom Cruise belanja 1 juta dolar untuk pendidikan anak

Diterbitkan: Khamis, 9 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Tom dan isterinya, Katie membelanjakan 1 juta dolar bagi memastikan anak perempuannya, Suri, mendapat pendidikan yang terbaik - foto AP
Tom dan isterinya, Katie membelanjakan 1 juta dolar bagi memastikan anak perempuannya, Suri, mendapat pendidikan yang terbaik - foto AP

AKTOR Hollywood Tom Cruise membelanjakan 1 juta dolar bagi memastikan anak perempuannya, Suri, 2, mendapat pendidikan yang mencukupi dan sewajarnya.

Suri bakal berumur tiga tahun pada 18 April ini. Kedua-dua Tom dan isteri, Katie Holmes yang ingin anak mereka serba boleh dalam semua aspek juga telah `melabur' untuk kelas tarian, bahasa asing dan kelas seni.

"Tidak kisah apa yang Suri buat, Tom ingin Suri menjadi lebih baik daripada kanak-kanak lain. Semua ibu bapa percaya anak-anak mereka adalah istimewa, tetapi Tom dan Katie sangat yakin anak perempuan mereka adalah berbakat," kata sumber.

"Suri telah menunjukkan minat menari, jadi Tom dan Katie sedang memberikan galakan sepenuhnya. Dia berlatih (tarian) balet, tap dan tarian moden selama berjam-jam setiap hari. Dia juga mengikuti kelas persendirian gimnastik dan sedang mempelajari bola sepak," tambahnya.

Cruise turut merancang untuk menghantar Suri ke kelas muzik untuk memperbaiki kepintaran muzikalnya.

"Kelas piano dan biola terangkum dalam senarai yang perlu dibuat. Tom dan Katie hanya perlu mencari masa dalam jadual Suri yang padat dengan aktiviti itu," sumber itu berkata.

Holmes juga suka Suri beramah mesra dengan kawan-kawannya - dua anak Victoria Beckham: Romeo, 6, dan Cruz, 4, - kerana dia percaya kegiatan sosial dengan kanak-kanak yang lebih besar dapat membantu pembangunan anak perempuannya.

Sumber itu berkata: "Katie suka anak-anak Beckham di sekeliling Suri memandangkan mereka lebih dewasa. Dia percaya Suri akan mencontohi apa-apa yang mereka buat sekali gus belajar lebih cepat."

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan