Rumahtangga Hrithik dan Suzanne tetap utuh

Diterbitkan: Khamis, 9 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Hrithik Roshan menyangkal spekulasi bahawa dia telah berpisah dengan isterinya, Suzanne - foto REUTERS
Hrithik Roshan menyangkal spekulasi bahawa dia telah berpisah dengan isterinya, Suzanne - foto REUTERS

BINTANG handalan Bollywood, Hrithik Roshan menyangkal spekulasi bahawa dia telah berpisah dengan isterinya, Suzanne.

Sebuah tabloid terkenal di Mumbai melaporkan, Hrithik dan Suzanne telah berpisah apabila Suzanne dikatakan berpindah ke rumah ibu bapanya.

"Sangat melucukan! Ya, Suzanne memang berpindah ke tempat ibu bapanya dengan anak-anak dua hari lalu. Saya sepatutnya menyertai mereka selepas memantau kerja-kerja menghapuskan anai-anai di rumah dan sebahagian lantai sedang diubahsuai.

"Saya sekarang bersama Suzanne berkelah dengan anak-anak dan mertua," kata Hrithik dalam kenyataan beliau.

Kenyataan Hrithik itu dikeluarkan Selasa selepas tabloid terbabit memaparkan berita sensasi bertajuk, "Hrithik-Susanne berpisah?"

Artikel itu menyatakan pasangan itu berantakan apabila Hrithik mula berkawan rapat dengan bintang gandingannya dalam filem "Kites", Barbara Mori yang juga aktres dari Mexico.

"Ia adalah sarkas.... Cuma sebuah cerita sensasi and tidak lebih daripada itu," kata jurucakap aktor tersebut.

Hrithik dan Suzanne menjalinkan hubungan yang lama sebelum mereka berkahwin pada 2000.

Mereka mempunyai dua aorang nak iaitu, Hrehaan, 4, dan Hridhaan yang akan menyambut hari jadinya yang pertama, bulan depan

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan