Mandy Moore ingin tampil imej baru - Berita Hiburan | mStar

Mandy Moore ingin tampil imej baru

Diterbitkan: Khamis, 9 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Mandy Moore ingin cuba pelbagai watak dan menukar imej `gadis baik' yang sering dilabelkan kepadanya - foto REUTERS
Mandy Moore ingin cuba pelbagai watak dan menukar imej `gadis baik' yang sering dilabelkan kepadanya - foto REUTERS

DIKENALI dengan imej `gadis baik', Mandy Moore kini tekad untuk mengubah imejnya.

Selebriti itu tidak melibatkan diri dalam sebarang filem sejak muncul di dalam filem `License to Wed' pada tahun 2007 kerana bosan membawa watak yang sama sahaja.

"Itu tak sesuai lagi. Saya tidak ingin menjadi perempuan yg tidak diajak menari. Saya tak ingin menjadi pemalu. Beri peluang kepada saya untuk berbicara mengenai keupayaan saya.

"Memang normal anda lihat saya sebagai seorang yang begini, tetapi saya adalah aktres, dan saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat," kata Moore.

Bagaimanapun, ini tidak bermakna Moore akan menerima sebarang watak begitu saja.

"Ia perlulah sesuai. Saya berpeluang untuk memegang watak pengedar dadah yang dirogol berkumpulan, tapi untuk apa? Untuk menonjolkan imej seksi dan negatif saya kepada orang ramai?

"Saya tidak ingin membuat sesuatu hanya untuk membuktikan sesuatu. Saya seorang yang penyabar. Saya akan menanti sehingga menemui tawaran yang bersesuaian," kata Moore.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan