Anita Sarawak ingin bersara?

Diterbitkan: Khamis, 9 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Gaya seorang diva...Anita tidak pernah gagal memberikan persembahan yang bertenaga - foto THE STAR oleh RICKY LAI
Gaya seorang diva...Anita tidak pernah gagal memberikan persembahan yang bertenaga - foto THE STAR oleh RICKY LAI

SEPANJANG pembabitannya sebagai anak seni, diva tersohor ini tidak pernah gagal memberikan persembahan yang bertenaga dan menghiburkan setiap kali dia terbabit di dalam mana-mana 'show'.

Di dalam usia yang sudah mencecah 57 tahun, Anita Sarawak masih ligat beraksi di pentas. Itulah keistimewaan penghibur terkemuka negara ini di mata peminat-peminatnya.

Lihat saja sambutan yang diterima setiap kali penyanyi yang lebih selesa disapa Kak Nita ini mengadakan persembahan. Sememangnya cukup luar biasa respon yang diterima daripada peminat-peminatnya!

Begitu juga yang berlaku pada Minggu Setiausaha Anita Sarawak anjuran PNB Darby Park yang berlangsung di Pusat Konvensyen Sime Darby, Selasa lalu.

Lebih 1,000 tetamu hadir menyaksikan kelincahan bintang hebat ini. Malah, tiket juga habis dijual sehingga pihak penganjur dikhabarkan terpaksa menambah lebih jualan meja gara-gara sambutan hebat itu.

Ternyata senario ekonomi yang tidak memberangsangkan kini tidak pernah menghalang peminat-peminat setia Anita untuk membeli tiket sekitar harga RM280 hingga RM450 itu bagi menyaksikan persembahan penyanyi ini.

Malah, demi memastikan persembahannya pada hari itu cukup istimewa, Anita hanya menerima satu tawaran saja sempena Minggu Setiausaha agar persembahan yang ditampikannya itu cukup eksklusif buat peminat-peminatnya.

Begitulah yang dilakukannya setiap tahun tatkala tibanya Minggu Setiausaha. Meskipun menerima banyak tawaran daripada pihak penganjur, Anita lebih selesa menjayakan satu persembahan saja.

Bertahun-tahun menjadi 'buruan' penganjur Minggu Setiausaha, Anita bagaimanapun tidak pernah merasa bosan untuk menerima tawaran membuat persembahan. Malah, saban tahun, dia akan cuba memberi sentuhan baru terhadap persembahannya.

"Saya tidak pernah bosan dengan Minggu Setiausaha. Jika saya bosan, pastinya saya tidak akan buat lagi persembahan untuk acara ini. Tetapi apapun, ini bukan soal bayaran.

"Saya tidak pernah letak harga tertentu. Kebiasaannya, saya dan suami, abang Mahathir akan berunding terlebih dahulu dengan penganjur. Sama juga untuk Minggu Setiausaha anjuran PNB Darby Park ini.

"Sudah lama mereka membuat tawaran pada saya, tetapi saya sering sibuk dengan 'show' lain. Nampaknya, tahun ini saya berpeluang bekerjasama dengan mereka.

"Dan tak sangka pula sambutan yang diterima cukup memberangsangkan. Tiket habis dijual, malah penganjur terpaksa tambah meja lagi," kata Anita yang ditemui sejurus berakhirnya persembahan Minggu Setiausaha itu.

Menurut Anita, dia juga berharap agar ini bukan persembahan Minggu Setiausaha terakhir buat dirinya.

"Insya-Allah, jika umur masih panjang, kesihatan masih baik dan ada rezeki, saya tetap ingin buat 'show' Minggu Setiausaha," kata Anita sambil tersenyum.

Pada majlis itu, Faizal Tahir turut diundang menjayakan persembahan bersama Anita. Faizal beraksi di pentas dengan mendendangkan lima buah lagu sebelum Anita meneruskan persembahannya dengan lapan buah lagu.

Persembahan Anita selama hampir sejam itu ternyata berjaya menghiburkan lebih 1,000 tetamu di majlis itu. Antara lagu yang didendangkan Anita ialah Diva, Seksis, Joget Gila Bayang, Sophisticated Lady, Asmara dan AKhirnya Kini Pasti.

Tidak lekang usikan Anita terhadap penonton-penonton sehingga membuatkan penonton tidak kering gusi melayan telatah penyanyi itu.

Cukup puas menyaksikan persembahannya. Malah, Anita sendiri akui telah menampilkan 'showmanship' yang terbaik hari itu supaya penonton yang hadir tidak kecewa.

"Saya memang sentiasa jaga pemakanan dan kesihatan untuk memastikan diri saya cergas di pentas walaupun semalam saya kurang tidur kerana terkandas di lapangan terbang sewaktu ingin pulang ke KL setelah menghadiri Anugerah Perdana Seniman 2009 di Kuching, Sarawak," tutur Anita yang menerima anugerah Pencapaian Cemerlang Penyanyi Bertaraf Antarabangsa pada acara tersebut.

Mengulas tentang penghargaan yang diterimanya itu, kata Anita, dia sememangnya terharu dengan pengiktirafan yang diberikan oleh Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) itu kepadanya.

"Saya benar-benar terharu dengan anugerah tersebut. Bagi saya, jika tidak menerima sebarang anugerah pun, saya tetap menghargai apa yang saya buat ini.

"Tetapi, bila diberi pengiktirafan seperti ini, saya anggap ia satu penghargaan yang cukup istimewa sepanjang pembabitan saya dalam industri ini," ujar Anita.

Ditanya sama ada dia pernah terlintas untuk bersara dari bidang seni ini setelah bertahun-tahun mengabdikan diri di dalam arena ini, Anita sambil tersenyum menjawab:

"Saya tidak pernah terfikir untuk bersara. Tapi, yalah...kita hanya merancang, tapi Allah yang tentukan," kata Anita.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan