Winehouse tanggal baju di Carribbean

Diterbitkan: Rabu, 8 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Winehouse buat hal lagi
Winehouse buat hal lagi

PENYANYI bermasalah, Amy Winehouse telah membuat pelancong-pelancong yang sedang bercuti di Carribbean marah apabila dia menanggalkan pakaian di sebuah pantai di tempat penginapannya itu.

Menurut laporan, para pelancong amat marah dengan kelakuan penyanyi itu kerana Amy telah pun diberitahu tidak boleh berjemur di pantai itu dalam keadaan tidak berbaju atau berbogel.

"Semua orang terkejut. Amy pada awalnya dilihat bersantai bersama-sama dengan kawan-kawannya di pantai. Tetapi kemudian, dia dilihat berlari di sekitar pantai itu dalam keadaan separuh bogel," menurut sumber.

"Dia nampaknya gemar berbuat demikian. Dia bercakap dengan dirinya sendiri sambil berlari dan menggapai-gapaikan tangannya.

"Namun kami tidak faham apa yang diperkatakannya - ia tidak masuk akal," tambah sumber itu.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan