Sonam enggan berlakon dengan bapanya, Anil Kapoor

Diterbitkan: Rabu, 8 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Aktor Bollywood Anil Kapoor, kiri, anaknya, Sonam Kapoor ditemubual oleh media semasa pelancaran filem 'Delhi 6' pada Februari lalu.
Aktor Bollywood Anil Kapoor, kiri, anaknya, Sonam Kapoor ditemubual oleh media semasa pelancaran filem 'Delhi 6' pada Februari lalu.

MEREKA yang ingin melihat Sonam berlakon dengan dengan ayahnya, Anil Kapoor nampaknya mungkin perlu menunggu masa yang lama.

Ini kerana, mereka dikatakan tidak berminat berbuat demikian pada masa ini.

Sebelum ini, desas-desus telah kedengaran bahawa bapa dan anak tersebut bakal berlakon bersama.

Jelas Sonam, "Adakah anda percaya dia macam ayah saya? Tidak. Dia nampak lebih muda. Oleh itu, saya tidak ingin dia berlakon sebagai bapa saya. Watak dalam filem Ayesha yang anda sebut itu tidak sesuai dengannya. Ayah saya tidak boleh memainkan watak bapa konvensional."

Terdahulu, Anil telah ditawarkan berlakon satu watak dalam filem Delhi 6 arahan Rakeysh Mehra, dengan Sonam. Namun, mereka menolaknya.

Malah, Anil sebenarnya lebih menolak idea itu berbanding anak perempuannya, Sonam.

"Begitulah situasinya sekarang," ketawa aktres itu yang baru balik dari Sri Lanka selepas sesi fotografi untuk majalah.

"Saya benar-benar berasa kami tidak serasi sebagai bapa dan anak di layar perak. Kami lebih rela tunggu sehingga saya lebih tua. Kerana bapa saya pastinya tidak rela (nampak lebih tua)."

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan