Prelude AIM:Di sebalik Kegemilangan & Kemasyhuran Anugerah Industri Muzik

Diterbitkan: Rabu, 8 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Persembahan hebat tiga penyanyi tersohor - Dayang Nurfaezah, Datuk Siti Nurhaliza dan Atilia di AIM tahun lepas.
Persembahan hebat tiga penyanyi tersohor - Dayang Nurfaezah, Datuk Siti Nurhaliza dan Atilia di AIM tahun lepas.

BAHANG AIM16 kian terasa dan satu-satunya Anugerah tempatan yang memberi pengiktirafan kepada pengkarya dan pemuzik tanahair yang tidak mengira bangsa akan kembali menemui peminat industri muzik tidak lama lagi!

Kali ini, untuk menambahkan lagi debaran penonton menanti Anugerah Industri Muzik ke-16, ntv7 dengan bangganya mengumumkan ketibaan Prelude AIM16 yang akan membawa penonton meninjau di sebalik kegemilangan dan kemasyuran AIM semenjak ianya mula diperkenalkan pada tahun 1994.

Rancangan berbentuk infotainment ini akan dilancarkan di kaca TV anda mulai 9 April 2009, setiap Khamis, jam 9:00 hingga 9:30 malam.

Lebih menarik, penonton turut berpeluang mengimbas kembali persembahan terbaik sepanjang AIM diadakan. Pastinya alunan lagu lama dan terkini dari tahun 1994-2008 ini merupakan koleksi persembahan yang pernah menjadi igauan penonton tidak lama dahulu. Rancangan yang dibahagikan kepada empat episod ini akan membuka tirai dengan paparan mengenai objektif, visi dan misi serta perjalanan yang telah dilalui oleh Persatuan AIM sejak tahun 1994. Fakta dan sejarah menarik mengenai AIM akan turut dikongsi seperti bagaimana AIM ditubuhkan, latar belakang pengasas AIM, kategori yang dipertandingkan, sistem penjurian dan banyak lagi.

Episod ke-dua pula akan memaparkan pemenang-pemenang kategori utama seperti Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album dan Album Terbaik. Episod ini turut akan menyentuh usaha yang telah dilaksanakan oleh Persatuan Akademi Industri Muzik Malaysia (PAIMM) dalam memartabatkan industri muzik tanahair. Beberapa tokoh terkenal dalam industri muzik seperti pencipta lagu, penulis lirik, penerbit album serta pengarang hiburan tempatan turut akan berkongsi pandangan mereka mengenai AIM yang mengutamakan kualiti sesuatu muzik itu daripada popularitinya di kalangan peminat.

Anugerah yang sudah sebati dengan pencinta muzik tempatan ini turut memberi penghargaan kepada pelbagai genre lagu seperti pop, rock, pop etnik dan nasyid. Tampil unik dan sering memberi kejutan kepada penonton pada setiap tahun, pencalonan AIM tidak pernah lari daripada menggabungkan bakat baru dan lama di dalam kategori-kategori yang dipertandingkan. Saksikan kembali saat-saat mendebarkan buat calon-calon kategori Vokal Terbaik, Lagu Terbaik dan Album Terbaik pada AIM yang lalu di Episod ke-dua Prelude AIM16.

Seterusnya saksikan selebriti yang bersinar dan begemerlapan pada malam AIM melalui segmen fesyen, di dalam episod ke-tiga Prelude AIM16. Selebriti mana yang berjaya mencuri perhatian dengan gaya tersendiri mereka? Episod ke-tiga ini juga memberi penonton peluang untuk mendapatkan tips solekan, pemilihan aksesori dan penataan fesyen dari Faiq dan Loreal. Episod ini turut memberi penghargaan kepada pihak penaja yang telah memberi sokongan bagi memastikan kejayaan AIM sepanjang 16 tahun ia diadakan, khususnya syarikat telekomunikasi CELCOM yang telah menjadi penaja utama selama empat tahun berturut-turut.

Di samping itu, dapatkan informasi yang menyeluruh mengenai AIM16 dalam episod ke-empat Prelude AIM16 yang memberi pendedahan mengenai keseluruhan konsep yang akan dibawakan pada tahun ini serta pengacara yang akan mengendalikan anugerah yang dinanti-nantikan semua. Senarai pencalonan untuk semua kategori yang dipertandingkan di AIM16 turut akan diwar-warkan dalam episod ini di samping memberikan beberapa gambaran mengenai kejutan untuk upacara pembukaan dan penutup AIM16 nanti. Barisan artis yang akan mewarnai acara paling unggul pada tahun ini turut akan dikongsi bersama penonton.

Diterbitkan oleh Bairulnizam Bahrom, program berbentuk dokumentari yang memaparkan perjuangan serta perjalanan AIM dari tahun 1994 ini akan turut memaparkan temu-ramah bersama Pengerusi PAIMM Dato’ Aziz Bakar, Pengerusi Persatuan Industri Rakaman Malaysia Sandy Monteiro, Pengarang Hiburan Utusan Saharudin Musthafa, pengkarya muzik Ajai, Roslan Aziz dan Habsah Hassan, penyanyi Dato’ Sheila Majid, Anuar Zain dan ramai lagi.

Pengurus Besar ntv7, Airin Zainul berkata, “AIM merupakan majlis penganugerahan beprestij yang telah berkembang pada setiap tahun. ntv7 amat berbangga dapat bekerjasama dengan PAIMM sekali lagi dalam penganjuran majlis ini buat tahun yang ke-10.”

“Prelude AIM16 adalah sebuah program yang memberi pendedahan mengenai individu dan organisasi yang pernah terlibat dalam AIM selama ini. Melalui program ini, kami pasti penonton akan teruja dan berdebar untuk menanti kemunculan AIM16.”

ntv7, katanya, akan membawa AIM16 ke tahap yang lebih membanggakan tahun ini, dengan meraikan lebih ramai bintang yang mewarnai industri muzik tempatan. Dengan bersiarannya Prelude AIM16, penonton akan lebih memahami latar-belakang dan menghargai perjuangan mereka yang terlibat dalam industri muzik tempatan.

”Celcom amat berbangga kerana dapat meneruskan kerjasama dengan pihak AIM dan ntv7 untuk tahun ke-empat. Penglibatan Celcom dalam AIM16 membuktikan komitmen kami dalam meningkatkan lagi martabat industri hiburan tanah air dan memberi pengiktirafan kepada artis-artis tempatan,” kata Zalman Aefendy Zainal Abidin, Naib Presiden Kanan Pemasaran, Celcom (Malaysia) Berhad.

Zalman juga berkata, “Seperti tahun-tahun yang lepas, Celcom akan menawarkan pelbagai muat turun kandungan eksklusif AIM16 untuk para pelanggan kami seperti Call Me Tones, True Tones, lagu penuh dan ’wallpapers’. Kandungan-kandungan khas ini di boleh didapati di Channel C, saluran kandungan malaysiana yang paling berbaloi untuk para pelanggan Celcom. Para pelanggan hanya perlu mendail *119# daripada telefon bimbit mereka untuk menikmati kandungan ini.”

Jadi, jangan lupa temu janji anda bersama Prelude AIM16, setiap Khamis, bermula 9 April 2009, jam 9:00 hingga 9:30 malam, hanya di ntv7, Saluran Ceria Anda!

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan