Norman kesal dikutuk, seolah-olah dia buka rumah urut!

Diterbitkan: Rabu, 8 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Norman ketika ditemubual oleh wartawan di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur semalam.
Norman ketika ditemubual oleh wartawan di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur semalam.

“INILAH harga yang perlu saya bayar..,” luah aktor Norman Hakim mengenai nasibnya selepas berhadapan dengan insiden tangkap khalwat dengan aktres Memey Suhaiza.

Norman merasakan dia perlu menghadapi semua tohmahan orang ramai kesan dari dunia glamour yang dilaluinya selama ini.

“Saya anggap tempias dunia selebriti ini mengena pada saya.

“Saya akur hidup bermasyarakat ini perlu ambil tahu pendapat umum.

“Saya tak boleh ubah suasana dan hentikan pandangan dan mulut orang,” ujar Norman.

Norman seolah-olah kurang berpuas hati dengan kritikan yang dilemparkan kepadanya sehingga menyebut ‘Macam saya ni buka perniagaan rumah urut.’

“Kita tak nampak bumbung rumah sendiri dan hanya nampak bumbung rumah orang.

“Saya buat tugasan melibatkan kerja rasmi dan saya faham yang persepsi audiens berbeza.

“Apa yang keluar daripada mulut orang merupakan satu teguran.

“Saya bergerak atas ‘nawaitu’ (niat) dan akan lebih berhati-hati pada masa akan datang,” tutur Norman yang hanya menerima setiap tohmahan dengan senyuman.

Jelas Norman, dia lebih suka ‘reserve’ dan memerhati situasi yang berlaku sekarang.

“Kalau nak ‘argue’ pun biar bertempat tetapi kalau orang ambil duit saya, mungkin saya akan keluar ‘taring’.

“Saya masih ambil dan terima segala cakap-cakap jiran di pejabat saya secara positif kerana mereka mempunyai persepsi sendiri.

“Kami tahu dan ada batasan. Kami tak boleh elak dan positif untuk semua itu.

“Saya ambil segala teguran untuk lebih berhati-hati dan 'alert' dengan sensitiviti masyarakat sekeliling kerana saya hidup sebagai masyarakat Malaysia,” tutur Norman yang tinggal di rumah sendiri di Ukay Perdana dan kadangkala di rumah sepupunya mengikut keadaan.

Dalam masa yang sama, Norman mengharapkan kes khalwat yang dilaluinya berjalan dengan telus.

“Saya masih ada adik-beradik dan anak-anak..,” luah Norman.

Dia juga enggan memberikan sebarang komen mengenai keputusan mahkamah yang menetapkan perbicaraan kes khalwatnya ditangguhkan ke tarikh 15 Mei ini selepas Hakim Syarie Wan Mahyudin Wan Mohamad menarik diri atas arahan Ketua Hakim Syariah Selangor disebabkan spekulasi yang dicetuskan oleh media.

Oleh sebab itu, perbicaraan pada 15 Mei nanti akan diganti dengan Hakim Syarie yang baru.

“Tak boleh bagi komen apa-apa sebab masing-masing perlu profesional. Tak bagus jika banyak kenyataan yang keluar,” ulas Norman yang hadir tanpa ditemani ibu tersayang, Kamariah Kamat.

Semasa prosiding kesnya sebelum ini, ibunya selalu hadir memberikan sokongan.

“Ikutkan, mak saya memang nak ikut tetapi keadaan tidak mengizinkan dia datang kerana bimbang jika memberi impak psikologi kepadanya nanti,” beritahu Norman lagi.

Mengulas kenyataan yang diberikan oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang memberitahu kes khalwat seperti yang dilaluinya itu sukar untuk mencapai kemenangan, Norman menjawab:

“Saya telah kehilangan keluarga. Saya anggap ia sebagai kehidupan karma dan segala-galanya berjalan dengan harmoni.

“Towards the end saya akan mendapat kemenangan setara. Isu menang atau kalah, saya terima seadanya kerana ia bukan memberikan impak kepada kematian saya.”

Ditanya tentang perkahwinan, Norman masih lagi dengan jawapan yang sama, ‘masih belum ada perancangan tetapi tidak boleh menidakkan’.

“Saya ada tanggungan iaitu mak, bapa dan anak-anak,” akhirinya.

Norman juga masih berlakon seperti biasa dan jadual padat sehingga bulan Ogos depan.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan