Lohan 'mengamuk' pada bekas kekasih di Internet

Diterbitkan: Rabu, 8 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Lindsay Lohan (kanan) berpisah dengan Samanta Ronson baru-baru ini
Lindsay Lohan (kanan) berpisah dengan Samanta Ronson baru-baru ini

SELEBRITI Hollywood, Lindsay Lohan yang berpisah dengan Samanta Ronson baru-baru ini, telah membidas bekas kekasih lesbiannya itu di Internet.

The Daily Mail online melaporkan, Lohan menuduh Ronson yang juga seorang deejay itu telah menipunya menerusi akaun persendirian Twitter (satu laman rangkaian sosial).

"Saya okay sebenarnya. Ditipu membangkitkan kemarahan terhadap kamu. Saya melakukan ini secara terbuka kerana kamu dan kawan-kawan kamu telah memanggil People [majalah Amerika Syarikat] . Jadi anda menang, anda melukakan hati saya. Sekarang berambus. Saya sayang anda," tulisnya.

Pasangan itu berpisah pada hujung minggu lalu selepas bertengkar di sebuah hotel di Los Angeles.

Difahamkan, ia berpunca daripada perangai Lohan yang suka berpesta dan menggoda lelaki.

Lohan kemudiannya menambah: "Biarkan saya bersendirian. Dan jangan tinggal di bilik bawah tingkat rumah saya lagi kerana anda telah membuatkan saya dan ibu terjaga. Pergi tidur. Terus menipu? Anda menang."

Sebelum ini, pasangan itu nampaknya tidak boleh dipisahkan meskipun mereka sering dilanda pelbagai desas-desus tentang perpisahan.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan