Kes cerai taklik Nash ditangguh, hakim minta peguam lebih profesional

Diterbitkan: Rabu, 8 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Nash berbincang sesuatu dengan peguamnya, Amli Embong (kanan) - foto mStar oleh AU YEONG HOW.
Nash berbincang sesuatu dengan peguamnya, Amli Embong (kanan) - foto mStar oleh AU YEONG HOW.

KUALA LUMPUR: Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur hari ini menangguhkan perbicaraan kes tuntutan cerai taklik pengasas produk kecantikan Nouvelles Visages, Sosilawati Lawiyah, 46, terhadap suaminya, vokalis kumpulan Lefthanded, Nash hingga 26 Mei dan 23 Jun.

Hakim Syarie, Wan Mahyuddin Wan Mohammad menetapkan tarikh itu selepas mendapati perbicaraan tersebut dihentikan beberapa kali ekoran siri bantahan peguam syarie defendan, Ahmad Daud terhadap kaedah pertanyaan peguam plaintif kepada Sosilawati.

Nash ataupun nama sebenar, Jamaluddin Elias, 49, turut diwakili oleh peguam, Amli Embong.

Hakim tersebut juga mengingatkan kedua-dua peguam plaintif dan defendan agar berhujah secara lebih profesional dan tidak menyamakan mahkamah dengan Dewan Rakyat yang membenarkan perbahasan rancak.

Menurut Ahmad, soalan peguam plaintif, Datuk Mohd. Zaidi Mohd. Zain kepada Sosilawati adalah berbentuk `memimpin' yang hanya memberikan jawapan `ya' atau `tidak'.

Pada satu peringkat, Ahmad meminta mahkamah menjalankan budi bicaranya mengenal pasti dokumen yang sering dilihat dibaca oleh Sosilawati semasa menjawab soalan-soalan peguamnya.

Pada 2 Januari lalu, Sosilawati telah memfailkan permohonan cerai secara taklik meskipun pada 12 November 2008, mahkamah yang sama memutuskan bahawa ikatan perkahwinan antara plaintif dengan Nash masih sah.

Permohonan itu dibuat mengikut Seksyen 50 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003. Kes itu telah disebut buat pertama kali pada 12 Januari lalu.

Pasangan berkenaan telah bernikah pada 16 November 2006 di Batu Pahat, Johor dengan berwalikan adik kandungnya.

Nash yang terkenal dengan lagu Ku Di Halaman Rindu itu mendirikan rumah tangga buat kali keduanya bersama Sosilawati pada November 2007.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan