Faizal Tahir janji baiki 'disiplin'

Diterbitkan: Rabu, 8 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Dua bintang hebat ini kelihatan ceria menjawab soalan media tentang isu kelewatan Faizal di sidang media Minggu Setiausaha tidak lama dulu
Dua bintang hebat ini kelihatan ceria menjawab soalan media tentang isu kelewatan Faizal di sidang media Minggu Setiausaha tidak lama dulu

SEJAK kebelakangan ini, Faizal Tahir nampaknya sering dikaitkan dengan masalah disiplin.

Belum pun habis isu dirinya tiba lewat sejam ketika sidang media Minggu Setiausaha yang menggandingkannya dengan dan diva tersohor tanahair, Anita Sarawak tidak lama dulu, Faizal dikatakan turut tiba lewat pada satu sesi fotografi yang membabitkan beberapa artis lain pula selepas itu.

Gara-gara kes itu, Faizal dilabelkan sebagai artis tidak berdisiplin. Akui penyanyi yang popular menerusi lagu Sampai Syurga dan Mahakarya Cinta ini, perkara sedemikian ternyata memberi tamparan hebat buat dirinya.

Apa yang berlaku, tuturnya, adalah disebabkan salah faham. Namun, dalam nada tenang, kata Faizal, dia tidak mahu memperbesar-besarkan isu tersebut walaupun sedar imejnya pasti terjejas.

Malah, pada satu majlis yang lain, Faizal pernah menyuarakan hasratnya untuk meminta maaf pada Anita Sarawak gara-gara tiba lewat sejam di sidang media Minggu Setiausaha di PNB Darby Park itu, sedangkan Anita yang mesra disapa Kak Nita sampai tepat pada masanya.

Faizal telah membuat penjelasan sebenar tentang kelewatan tersebut yang sememangnya berpunca daripada salah faham dengan pihak penganjur tentang penetapan masa itu.

Dan dia sendiri berjanji untuk meminta maaf pada penghibur tersohor itu jika ada kesempatan bertemu dengannya di mana-mana majlis.

Namun, kata Faizal, dia tidak mampu menghalang jika ramai yang beranggapan dia mempunyai masalah disiplin. Bagi bapa kepada tiga cahaya mata ini, dia akan mengkaji kelemahan diri sendiri agar tidak dilanda masalah yang sama lagi kelak.

"Memang perkara ini tidak sedap didengar. Seperti yang pernah saya katakan tentang isu sidang media di PNB itu, sebenarnya saya hanya lewat beberapa minit saja.

"Tak sangka pula saya telah lewat sejam. Saya sendiri ada bukti tentang masa sebenar yang diberitahu kepada saya untuk hadir di sana. Tetapi saya rasa tak perlulah saya besar-besarkan hal ini.

"Walau apapun, saya akan perbetulkan pengurusan masa saya, apatah lagi komitmen saya memang banyak...bukan saja sebagai penyanyi, tetapi untuk menguruskan keluarga juga.

"Saya minta maaf pada semua yang terasa. Saya berjanji akan cuba mengubah kelemahan diri. Setiap teguran itu saya terima dengan hati terbuka.

"Apa yang saya lalui selama dua tahun setengah ini memang cukup mencabar. Tapi, saya kena kuat dari segi mental," kata Faizal yang ditemui pada sidang media sejurus berakhirnya persembahan Minggu Setiausaha bersama Anita Sarawak dan Faizal sendiri di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara, semalam.

Faizal turut 'mengotakan' janjinya meminta maaf pada Kak Nita yang turut sama berada di sidang media itu.

Sambil bersalaman dan mencium tangan Kak Nita, Faizal berkata:

"Saya minta maaf dengan apa yang berlaku". Namun, Kak Nita dalam nada ceria menjawab:

"Saya tidak pernah marah. Tidak mengapalah. Perkara ini sudah berakhir," katanya yang turut menghadiahkan sejambak bunga kepada Faizal.

Bangga berkongsi pentas dengan Kak Nita

Minggu Setiausaha yang berlangsung semalam ternyata menyaksikan kombinasi yang hebat antara Kak Nita dan Faizal Tahir.

Meskipun tidak menggandingkan mereka bersama untuk berduet sebuah lagu, kedua-dua penyanyi itu nyata berjaya menggamatkan suasana dengan cara tersendiri.

Tutur Faizal, walaupun dia hanya menjadi 'opening act' pada persembahan itu, peluang berkongsi pentas dengan diva hebat itu merupakan satu pengalaman menarik buatnya.

"Bagi seorang yang masih mentah dalam bidang seni, saya memang rasa bangga dapat 'perform' bersama-sama dengannya. Walaupun hari ini saya tidak begitu sihat, tetapi saya telah cuba sedaya-upaya membawakan lima buah lagu," kata Faizal.

Penyanyi ini telah menyampaikan lagu Cuba, Mahakarya Cinta, You Make It Real, Gemuruh dan Sampai Syurga.

Kemunculan Faizal di pentas menerima respon yang cukup hebat. Melihat penyanyi berusia 30 tahun ini dikerumuni peminat-peminat wanita untuk bergambar ketika turun dari pentas mengingatkan khalayak kepada penyanyi popular, Anuar Zain yang sememangnya sering menjadi 'buruan' peminat-peminat wanitanya setiap kali membuat persembahan.

Ternyata Faizal kini juga berada di 'liga' sama seperti Anuar yang turut menjadi kegilaan ramai wanita.

Sambil tersenyum, Faizal berkata, dia melihat senario seperti ini sebagai satu penghargaan buat dirinya.

"Sejujurnya, pada umur seperti ini apatah lagi sudah berkeluarga, saya hanya lebih mementingkan tentang tahap persembahan saya.

"Bila dikerumuni untuk bergambar dan sebagainya, saya rasa itu bukan masalah besar kerana ia sekaligus bagus untuk meningkatkan tahap keyakinan diri saya, tetapi tidak lah bermaksud saya boleh besar diri.

"Saya sebenarnya lebih suka jika mereka yang meminati saya itu disebabkan hasil kerja dan persembahan saya," kata Faizal.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan