Aniston bangkit, lupakan kisah duka dengan John Mayer - Berita Hiburan | mStar

Aniston bangkit, lupakan kisah duka dengan John Mayer

Diterbitkan: Rabu, 8 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Jennifer Aniston (kiri) dan John Mayer sudah berhaluan lain
Jennifer Aniston (kiri) dan John Mayer sudah berhaluan lain

AKTRES Jennifer Aniston telah bangkit daripada kesedihan setelah berpisah dengan John Mayer. Pelakon jelita itu kelihatan gembira berhibur di konsert anjuran David Lynch Foundation.

Aniston, 40, dilihat tersenyum sambil beramah mesra dengan beberapa jejaka kacak di parti tersebut pada 4 April lalu.

"Dia nampaknya sangat gembira. Dia tidak lekang dengan senyuman," kata sumber.

"Jen melihat seorang lelaki tampan yang masuk. Dia melihatnya dari atas ke bawah.... dua kali!

"Dia melemparkan senyuman tetapi kembali berborak dengan kawan-kawan perempuan," seorang saksi memberitahu.

Aniston bergelak ketawa dengan dua kawannya dan amat terhibur di konsert amal itu yang berjaya memungut lebih 3 juta dolar untuk mengajar kanak-kanak bermeditasi.

"Dia sangat relaks. Isu dia dan John nampaknya merupakan perkara terakhir yang difikirkannya," tambah sumber itu.

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan