Angelina Jolie pengsan di lokasi filem - Berita Hiburan | mStar

Angelina Jolie pengsan di lokasi filem

Diterbitkan: Rabu, 8 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Angelina Jolie lebih dikenali umum sebagai Lara Croft
Angelina Jolie lebih dikenali umum sebagai Lara Croft

AKTRES Hollywood Angelina Jolie terpaksa mendapatkan rawatan perubatan setelah bintang itu dikatakan pengsan di lokasi penggambaran filem terbarunya, Salt.

Pelakon itu ketika ini sedang menjalani penggambaran filem bercorak 'thriller' itu di Amerika yang menyaksikannya memegang watak sebagai penyiasat bernama Evelyn Salt

Babak-babak yang membabitkan aksi lasak dikatakan telah membebankan Jolie yang dilaporkan pengsan di lokasi terbabit baru-baru ini.

"Nampaknya, ia sangat membebankan Angelina. Dia pengsan dan mengadu sesak nafas serta pening," kata sumber. "Hakikatnya, ia berlaku apabila dia habis berlakon dalam satu adegan yang lasak. Namun, kami masih terkejut melihat dia jatuh pengsan," sumber itu menambah.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan