Peminat kempunan nak tonton filem terbaru Bollywood

Diterbitkan: Selasa, 7 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Filem Short Kut dibintangi oleh aktres Amrita Rao dan Anil Kapoor
Filem Short Kut dibintangi oleh aktres Amrita Rao dan Anil Kapoor

NEW DELHI: Lebih kurang 12 filem baru Bollywood belum dapat ditayangkan apabila pengeluar filem dan pemilik panggung berkelahi mengenai perkongsian hasil keuntungan.

Alamatnya para peminat terpaksalah menunggu sebelum dapat menonton filem seperti Aaasheyan, Dasavatharam, Kambaqth, Short Kut dan New York.

Short Kut misalnya dikeluarkan oleh produser Anil Kapoor dan dibintangi oleh aktres Amrita Rao, aktor Sanjay Dutt dan Anil Kapoor sendiri.

Selepas tiga hari berlaku protes, pengeluar dan pengedar filem enggan mengeluarkan sekurang-kurangnya 12 filem mereka untuk ditayangkan di pawagam.

Pengeluar dan pengedar mahukan 50 peratus dari hasil tayangan filem box-office tetapi pemilik pawagam tidak bersetuju.

Kadar perkongsian yang diamalkan sekarang ialah 40:60 yang memihak kepada pemilik panggung.

"Sudah tentu akan berlaku kelewatan dalam pengeluaran filem pada musim panas ini. Sekurang-kurangnya 12 buah filem dijadual ditayangkan. Rundingan masih berjalan dan kami berharap sesuatu akan dicapai dalam masa dua tiga hari ini.

"Ia tengah kemerosotan sekarang, semua orang sedang menderita. Pegeluar tidak dapat agihan yang memuaskan. Kami sedang menyelesaikannya," kata naib pesiden Persatuan Pengeluar Filem India, Sushama Shiromanee kepada Bernama.

Pertelingkahan itu berlaku ketika industri filem India mengalami masalah kewangan ekoran krisis ekonomi global.

Terdapat 240 panggung dan 850 skrin di India. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan