Isu ulang-alik ke pejabat Norman: ‘Saya sepatutnya lebih berhati-hati’

Diterbitkan: Selasa, 7 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Memey hadir ke mahkamah seawal pukul 9 pagi tadi.
Memey hadir ke mahkamah seawal pukul 9 pagi tadi.

KUALA LUMPUR: Sejak kes khalwat aktor Norman Hakim dan aktres Memey Suhaiza dibicarakan oleh Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini pelbagai cerita tentang mereka digembar-gemburkan dan mendapat liputan meluas oleh pihak media.

Cerita mengenai Memey selalu berulang-alik ke pejabat Norman iaitu MDH Trading & Services di 4-1A, Jalan UP 1/2, Taman Ukay Perdana, Hulu Klang menjadi buah mulut orang ramai.

Bulan lepas, sebuah program televisyen sempat merakamkan kelibat Memey hadir ke pejabat Norman.

Ditanya kepada tuan empunya diri, seperti sebelum ini, Memey menegaskan yang dia selalu ke pejabat Norman atas dasar kerja.

“Memang saya ada datang ke pejabat Abang Norman. Saya sedar yang saya sepatutnya lebih berhati-hati. Lagipun, saya datang ke situ atas urusan kerja.

“Saya datang ke situ tidak tentu masa disebabkan terikat dengan waktu pengambaran.

“Saya rasa hal ini menjadi lebih sensasi apabila ada pihak yang nampak saya datang waktu pagi,” kata Memey atau Suhaiza Suhaimi.

Gadis berusia 21 tahun ini akui nampak tidak manis apabila dia selalu berulang-alik ke pejabat tersebut namun berkali-kali juga dia menekankan yang kehadirannya di situ atas urusan kerja.

“Saya tahu memang tak manis dipandang orang tetapi saya perlu datang juga sebab kerja. Saya bekerja di bahagian pentadbiran dan akaun.

“Kami tahu keadaan sebenar tetapi orang sekeliling cuba spekulasikan hal ini.

“Mereka cuba mereka sesuatu cerita.

“Yang penting kita tahu dan staf lain juga tahu keadaan di situ. Jadi, apa yang orang perkatakan ini saya terpaksa terima,” luah Memey.

Anak saudara kepada pelakon Darling Ngasri ini juga hanya menyerahkan kepada orang ramai untuk menentukan kesahihan cerita tersebut.

“Terpulang kepada mereka untuk menentukan kebenaran cerita tersebut sebab kami tahu apa yang berlaku.

“Kadangkala saya membuat kerja dari pagi sampai malam.

“Apabila ada masa sahaja saya akan pergi tetapi bukan setiap masa saya di pejabat.

“Biasanya saya akan datang selepas selesai pengambaran,” tutur Memey yang bersyukur kerana dia masih aktif dalam karier seninya.

Memey sedang menjalani pengambaran drama bersiri Roda Roda KL terbitan Skop Production dan sebuah drama terbitan Ace Motion Pictures.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan