Chris Brown mengaku tidak bersalah

Diterbitkan: Selasa, 7 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Brown mengaku tidak bersalah
Brown mengaku tidak bersalah

PENYANYI Chris Brown, 19, mengaku tidak bersalah di mahkamah Los Angeles hari ini berhubung dakwaan beliau mengancam dan mencederakan kekasihnya, bintang muzik Rihanna baru-baru ini.

Beliau yang diwakili oleh peguam, Mark Geragos hadir untuk perbicaraan itu bersama ibunya.

Tidak berapa lama sejurus perbicaraan bermula, peguam Rihanna memberitahu, penyanyi itu berharap kes itu dapat diselesaikan sebelum dibicarakan.

"Dia (Rihanna) lebih gembira sekiranya ia berakhir dengan segera," kata wakil penyanyi popular itu, Ronald Etra.

Etra memberitahu, rayuan Brown "memang telah dijangka". Sekiranya disabitkan bersalah, Brown mungkin diletakkan di bawah percubaan atau dikenakan hukuman penjara hampir lima tahun.

Mac lalu, Brown dituduh melakukan kesalahan tersebut oleh pendakwa Los Angeles County. Dia ditahan polis selepas seorang wanita mengenal pasti penyanyi "Run It!" sebagai penyerangnya.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan