Search dapat penghargaan Celcom - Berita Hiburan | mStar

Search dapat penghargaan Celcom

Diterbitkan: Isnin, 6 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Celcom (Malaysia) Bhd akan mementaskan "Konsert Penghargaan Search di Awan Biru" di bawah jenama prabayarnya, Celcom Blue, untuk menunjukkan sokongannya yang kukuh terhadap industri hiburan tempatan.

Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Shazalli Ramly berkata syarikat itu menyediakan peruntukan yang agak besar supaya konsert itu menempa kejayaan yang besar.

"Acara ini akan menjadi aktiviti pemasaran syarikat yang utama bagi separuh pertama tahun ini dan pastinya acara ini akan mendapat bantuan dana yang kukuh," katanya kepada pemberita pada majlis memperkenalkan konsert itu di sini hari ini.

Beliau, bagaimanapun, enggan menyatakan amaunnya secara khusus.

Tahun lepas, syarikat itu membelanjakan kira-kira RM13 juta di segi janji niaga penajaan bagi mempromosi industri hiburan tempatan.

"Sebagai salah satu ikon muzik paling terkenal di Malaysia dan selepas lebih daripada 28 tahun dalam industri, Search terus mengekalkan popularitinya dan masih mempunyai asas peminat yang amat besar, muda dan tua.

"Dengan menggunakan keupayaan teknologi kami dan bakat kumpulan ini, kami percaya konsert ini pastinya menempa kejayaan," katanya.

Shazalli berkata syarikat akan melantik pemilik blog dan media elektronik bagi tujuan penghebahan dan kempen pengiklanan sebagai tambahan dalam media arus perdana.

Konsert itu akan menyaksikan kumpulan rock berkenaan menjelajah ke 11 tempat di seluruh negara mulai 2 Mei hingga 1 Ogos.

Celcom merupakan salah satu syarikat telekomunikasi selular mudah alih dengan asas pelanggan kini berjumlah kira-kira 8.76 juta orang. BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan