Imuniti ditarik balik - Kejutan OIAM minggu ke-7

Diterbitkan: Isnin, 6 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Amylea bercucuran air mata mengenangkan `adik tersayangnya', Rizu tersingkir
Amylea bercucuran air mata mengenangkan `adik tersayangnya', Rizu tersingkir

PERASAAN `terkejut, terharu, tergamam dan teruja' jelas terbaur ketika menyaksikan program realiti One In A Million (OIAM) minggu lepas.

Terkejut kerana Rizu tersingkir - setakat ini, peserta lelaki pertama mengundurkan diri dalam pertandingan itu. Semua penonton tampaknya kelu lidah.

Terharu apabila melihat Rizu mengesat linangan air mata yang membasahi pipi Amylea ketika dia membuat persembahan terakhir dalam OIAM musim ketiga.

Sebabnya, menurut Amylea, dia `sayang Rizu sangat-sangat' bagaikan adiknya.

Seterusnya, para penonton tergamam sebentar kerana para juri, Syafinaz Selamat dan Paul Moss mengumumkan imuniti ditarik balik sepenuhnya selepas ini.

Oleh itu, para penonton sahaja berhak mengundi peserta masuk atau keluar daripada OIAM, 100 peratus. Para peserta tidak berpeluang untuk mendapat pengecualian daripada proses undian orang ramai.

TERUJA

Selepas itu, persembahan `meletup' Tomok, Amylea dan Esther cukup mengujakan semua pihak. Syafinaz dan Moss terang-terang mengakui sukar memilih peserta terbaik pada malam itu.

"Boleh tak lebih daripada satu pemenang untuk tahun ini, kerana anda semua hebat belaka," komen juri, Syafinaz Selamat sejurus Esther menghabiskan persembahannya yang hebat itu.

Esther merupakan penyanyi ketiga pada malam itu selepas Tomok dan Amylea mengambil giliran masing-masing menghidangkan pertunjukan memberangsangkan.

PEMBUKA TIRAI

Mengimbau persembahan menarik Tomok itu, sebelum lagu diputarkan, penyanyi itu bergaya dengan memegang payung. Payung?

Yalah... gaya itu secocok dengan lagu Umbrella, bagai peribahasa yang berbunyi: 'Cepu dengan tudungnya'.

Bagaimanapun, dia tidak meniru bulat-bulat artis lagu tersebut, Rihanna, tetapi mengikut stail dan nyanyiannya sendiri.

Apabila payung dilepaskan daripada genggaman tangannya, Tomok membuktikan dia layak digelar bintang handalan. Dia pandai mencetuskan suatu kelainan bagi setiap persembahannya.

Dia melompat-lompat dari pentas ke bawah untuk `berkomunikasi' dengan penonton di studio. Cara dia memutar mikrofon di celah-celah jari-jemarinya benar-benar mempesonakan!

"You're already a star. Of course, you can't be Rihanna, you're a guy. We want you to be original. What's going to happen next? You really surprise us if you are not in the final," kata Moss.

Syafinaz pula menyatakan, persembahan Tomok pada setiap minggu membawa keseronokan bukan sahaja kepada dirinya, tetapi semua penonton.

"Setiap minggu, saya akan menantikan apa-apa yang baru daripada anda. Voice control is at the best. Cuma perlu berhati-hati dengan pronunciation," tambah juri yang jelita itu.

KESINAMBUNGAN

Seterusnya, kerancakan program itu diteruskan oleh Amylea yang membawakan lagu Somewhere Only We Know nyanyian artis Keane.

Penampilannya kali ini lebih berbeza - berambut kerinting. Apa yang tidak berbeza, Amylea tetap hebat sebagai seorang penyanyi dan penghibur.

Naik-turun pentas menandakan partisipasinya dengan penonton terjalin. Jika persembahan Amylea kurang menyengat minggu sebelumnya, dia menakjubkan semua pihak pada minggu lalu.

Entah persembahan Amylea itu adalah `ole-ole' untuk perpisahan Rizu sebagai tanda dia "sayang Rizu sangat-sangat".

Apa pun, dia telah berjaya menawan hati para juri. Syafinaz menyifatkan penyanyi dari Alor Setar itu sebagai penyanyi yang cerdik.

"You show us that you're a brilliant musician. Anda begitu yakin menghiburkan para hadirin. You sang well. Jika Moss katakan Tomok layak, maka anda juga patut layak berada di pusingan akhir," ramal Syafinaz.

Moss yang mengakui Amylea menyanyi dengan begitu baik berkata: "You sang greatly. And you let your voice soar".

FENOMENA ESTHER

Sementara itu, Esther sekali lagi menyandar kepada Vokal tinggi untuk menyanyikan lagu Sweet About Me oleh Gabriela Cilmi sekali gus mencuri perhatian semua pihak.

Kali ini, dia menyelitkan aksi tarian robot. Rentak tariannya pula berubah daripada perlahan kepada cepat seiring dengan irama dan melodi lagu.

Selain itu, Esther menyulamkan variasi menarik pada persembahannya dengan `menghadiahkan' topi yang dipakainya kepada Syafinaz dan mengacah-acah sekuntum bunga ros kepada Moss.

Bunga ros itu bagaimanapun dihadiahkan kepada hos yang ayu, Marion Caunter di akhir persembahan.

Mengulas prestasi Esther di akhir persembahan penyanyi itu, Syafinaz mengklasifikasikan Esther sebagai satu "fenomena".

"Ini kerana ke mana saya pergi, semua akan tanya saya mengenai Esther. Mereka begitu terpesona dengan kekuatan. Persembahan malam ini adalah satu yang lain daripada Esther," ujarnya sambil menambah keseksian Esther `tak lebih-lebih'.

Moss mengenal pasti suara Esther yang bervokal tinggi sebagai suatu asetnya.

HAMBAR

Ekoran kehebatan trio handalan itu, Syafinaz mengakui, persembahan peserta-peserta lain seperti Nine, Aweera dan Simon kelihatan `hambar' walaupun prestasi mereka tidak kurang hebatnya.

Moss pula berpendapat, mereka bertiga juga hebat melainkan kekurangan sesuatu dalam persembahan mereka.

Misalnya, dia menegur Aweera dan Simon kerana tidak keluar daripada bayang-bayang penyanyi asal lagu yang dibawa oleh mereka.

Aweera dikatakan terikut-ikut oleh penyanyi asal lagu, Di Penjara Janji iaitu Awie.

Simon pula cuba menjadi Bon Jovi dengan mendendangkan lagu artis itu, Livin' On A Prayer.

Moss mengkritik Nine ekoran persembahannya yang kucar-kacir. Sebabnya ialah dia menggunakan elemen `electronode' dalam persembahannya.

Dalam sidang akhbar selepas itu, ketika ditanya mengenai kenapa dia sering tidur dan tidak fokus pada pelajarannya dalam kelas, Aweera berkata:

"Tiada ketahanan badan. Memang sebab sebelum ini kurang sihat.... sebab ada alergi. Ada surat doktor.

"Bukan kelas tak fokus ... tapi blur ... tapi Aweera minta tolong daripada member yang lain," jelas penyanyi rock itu.

Ditanya sama ada dia boleh mengatasi alergi itu, jawabnya, "Insya-Allah".

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan