Siti dan Datuk K nafi sertai PAS

Diterbitkan: Ahad, 5 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PERTEMUAN YANG MENGUNDANG KONTROVERSI..Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (tengah) menerima cenderahati daripada penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin (kiri) semasa berkunjung ke Pejabat Menteri Besar di Kota Darulnaim Rabu lalu. Turut sama suaminya Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa (kanan). -foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa menafikan khabar angin bahawa beliau dan isterinya penyanyi popular Datuk Siti Nurhaliza Tarudin menyertai PAS.

Sambil menyifatkan bahawa ia hanyalah andaian orang ramai, Khalid atau lebih dikenali dengan panggilan Datuk K berkata khabar angin tersebut mungkin berpunca daripada kunjungannya ke pejabat Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat baru-baru ini.

"Merepek betul, ini semua khabar angin... Saya orang Umno dan menyokong penuh kepimpinan Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya ketika dihubungi Bernama.

Khalid berkata kunjungannya dan isteri ke Pejabat Menteri Besar bertujuan melawat Nik Aziz yang dikhabarkan tidak sihat.

"Pada malam sebelum kunjungan itu, Siti membuat persembahan di Istana Kelantan dan pada malam itu Nik Aziz tidak hadir. Jadi kami bertanyakan seorang pegawai istana mengapa beliau tidak hadir seperti dalam majlis sebelumnya.

"Kami mendapat tahu bahawa beliau tidak sihat jadi kami bercadang untuk melawatnya lebihlebih kami diberitahu boleh melawat beliau di pejabat," katanya.

Khalid berkata kunjungan hormat mereka ke Pejabat Menteri Besar itu adalah kerana menghormati Nik Aziz yang dianggap sebagai tuan rumah. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan