Riya Sen jadi buruh binaan

Diterbitkan: Sabtu, 4 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Riya Sen, aktres sensasi yang turut mendapat jolokan simbol seks
Riya Sen, aktres sensasi yang turut mendapat jolokan simbol seks

BINTANG Bollywood yang turut mendapat gelaran simbol seks, Riya Sen membawakan watak sebagai seorang buruh binaan di dalam sebuah filem tentang persekitaran dan kanak-kanak berjudul, Zor Laga ke Haiya.

Filem yang diarahkan oleh Girish Joshi itu akan menampilkan Riya sebagai gadis kampung.

Filem yang memenangi sebuah anugerah di Festival Filem Las Vegas itu turut dibintangi oleh Mithun Chakraborthy, Mahesh Manjrekar dan Seema Biswas.

Ia dijangka akan ditayangkan di India tidak lama lagi.

Sejak memasuki industri filem beberapa tahun lalu, Riya mula mendapat perhatian apabila memakai bikini di dalam filem Shaadi No.1 dan aksi berciumnya dengan aktor Ashmit Patel di dalam filem Silsiilay.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan