Kata dua Pitt kepada Jolie: "Berkahwin atau berpisah"

Diterbitkan: Sabtu, 4 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Hubungan Brangelina dikatakan agak tegang ketika ini
Hubungan Brangelina dikatakan agak tegang ketika ini

BRAD Pitt dilaporkan telah memberi kata dua kepada kekasihnya, Angelina Jolie - sama ada untuk berkahwin dengannya atau mengambil jalan berpisah saja.

Jolie, yang berharap untuk mempunyai ramai anak bersama Pitt, telah diberitahu oleh aktor tersebut bahawa mereka tidak akan mempunyai anak lagi melainkan Jolie bersetuju untuk berkahwin dengannya.

"Pitt memberitahunya, 'kahwini saya, atau semua ini akan berakhir'. Dia memang benar-benar tidak mahu anak selagi mereka tidak berkahwin," kata sumber menerusi majalah Brit.

Pitt dikatakan cukup risau apabila melihat Jolie semakin tidak mempunyai masa bersama anak-anak kerana sibuk dengan jadual lakonannya.

"Hubungan mereka agak tegang. Pitt percaya perkahwinan adalah langkah terbaik untuk menyelamatkan hubungan mereka," kata sumber tersebut.

Lebih membuatkan Pitt berang ialah apabila Jolie mendapatkan nasihat bekas suaminya, Billy Bob Thronton setelah Pitt mencadangkan agar dia dan aktres itu berjumpa pakar kaunseling.

"Ini membuatkan perselisihan semakin besar. Pitt tidak kisah Jolie berjumpa bekas suaminya, tetapi dia tidak faham kenapa Jolie perlu bertanyakan nasihat Billy tentang kaunseling itu sedangkan dia amat marah apabila Pitt mula-mula mengajukan cadangan tersebut," katanya.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan