Siti: Pak Lah pemimpin lemah-lembut dan berbudi pekerti

Diterbitkan: Jumaat, 3 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (kiri) dan timbalannya Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak selepas masing-masing menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara di Kuala Lumpur, semalam. Abdullah menghadap Seri Paduka bagi menyerahkan surat melepaskan jawatannya dan memohon perkenan Seri Paduka melantik Najib sebagai penggantinya. -foto BERNAMA
Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (kiri) dan timbalannya Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak selepas masing-masing menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara di Kuala Lumpur, semalam. Abdullah menghadap Seri Paduka bagi menyerahkan surat melepaskan jawatannya dan memohon perkenan Seri Paduka melantik Najib sebagai penggantinya. -foto BERNAMA

KEPIMPINAN Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah beralih tangan kepada Perdana Menteri yang baru, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak berkuatkuasa hari ini.

Abdullah melepaskan jawatan Perdana Menteri selepas menerajui negara selama lebih lima tahun.

mStar Online cuba mendapatkan beberapa rakan artis untuk memberikan komen tentang Abdullah atau lebih mesra dengan panggilan Pak Lah sepanjang beliau menjalankan pemerintahan.

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin yang dihubungi semalam memuji keperibadian Pak Lah dan menyifatkan beliau sebagai pemimpin lemah-lembut dan berbudi pekerti.

“Sebagai bekas pemimpin yang saya hormati selepas pernah beberapa kali berjumpa dan bercakap secara peribadi dan seperti yang semua kenali, dia merupakan seorang yang ‘down to earth’, berhati mulia, mesra rakyat dan melayan tetamu dengan baik.

“Sampai satu masa beliau perlu mengundurkan diri, banyak kenangan yang beliau tinggalkan buat kita.

“Beliau bukan sahaja seorang Perdana Menteri yang pendiam tetapi juga seorang yang lemah-lembut dan berbudi pekerti.

“Saya juga tidak akan lupakan pengalaman ketika bersama dengan pemimpin lain.

“Pak Lah mempunyai cara pemerintahannya tersendiri.

“Sebagai rakyat Malaysia dan mewakili artis, saya mendoakan semoga kehidupan Pak Lah lebih dirahmati.

“Sebelum ini beliau telah melalui satu tempoh berkhidmat untuk rakyat tetapi selepas ini, bolehlah beliau menikmati kehidupan untuk diri-sendiri pula.

“Kita sentiasa mendoakan keselamatan dan kebahagiaan Pak Lah,” ujar Siti yang baru selesai menjayakan persembahan sempena Hari Keputeraan Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra ke-59 di Kota Bahru pada 1 April lalu.

Mawi kagum dengan semangat Pak Lah

Bagi penyanyi yang popular dengan gelaran ‘Raja SMS’ Asmawi Ani atau Mawi, dia kagum dengan semangat Pak Lah.

“Saya kagum dengan diri, semangat dan kerja Pak Lah.

“Jadi, saya ingin mengucapkan tahniah sepanjang beliau menjalankan pemerintahannya,” luah Mawi yang sedang sibuk dengan Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2008).

Aziz Sattar: Lagu ‘Berkorban Apa Saja’ metafora Pak Lah

“Saya menganggap pengorbanan Pak Lah (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) sebagai suatu pengorbanan yang mulia ibarat lagu P. Ramlee ‘Berkorban Apa Saja’,” komen pelakon terkenal Datuk Aziz Sattar.

Mencungkil sedikit bait lirik lagu tersebut, Aziz yang lebih mesra dengan gelaran Pak Aziz ini menganggap ia mempunyai kaitan dengan apa yang berlaku kepada Pak Lah sekarang.

“Bait lirik dalam lagu itu banyak berlaku kepada keadaan politik termasuk Pak Lah sendiri sekarang ini.

“Antara apa yang terkandung dalam lirik lagu itu, ada benarnya.

“Pengorbanan Pak Lah paling besar dalam sejarah Malaysia.

“Belum sampai waktu, beliau perlu berkorban apa saja, harta atau pun nyawa, itulah kasih mesra, sejati dan mulia, kepentingan sendiri tak diingini, kepentingan bangsa itulah yang dihadapi,” tutur Pak Aziz mengambil sedikit pantun dari filem Hang Tuah ciptaan Allahyarham P. Ramlee dan senikata oleh Jamil Sulong.

Tambah Pak Aziz, pantun tersebut bertepatan dengan pengorbanan bekas PM yang menarik diri dengan hati yang luhur.

“Mudah-mudahan pengganti beliau dapat memberi satu perkembangan yang lebih baik daripada Pak Lah. Insya-Allah.

“Seperti senikata Allahyarham P. Ramlee dalam Semerah Padi iaitu ‘Biar busuk daging ku mamah, asalkan kau tidak tercemar’.

“Maksudnya, biar apa tohmahan yang berlaku kepada Umno sekarang ini, telan sahaja walaupun pahit asal Umno tidak tercemar.

“Saya juga berharap ahli Umno bersatu dan tidak mengecilkan hati antara satu sama lain. Bantulah agama dan negara kita,” ulas Pak Aziz yang bijak menganalisa senario politik ketika dihubungi.

Pak Aziz juga sempat merakamkan ucapan tahniah kepada Pak Lah: “Tahniah dan terima kasih atas pengorbanan selama lima tahun ini..”

Tiara: Pak Lah pemimpin ‘fatherly'

Dalam pada itu, pelakon dan produser tersohor Datin Seri Tiara Jacquelina berkata menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS):

“Pada beberapa kali yang saya sempat bersembang dengan Pak Lah, saya mendapati beliau adalah seorang pemimpin yang ‘fatherly’ dan kita rasa ‘so comfortable’ dengannya.

“Pak Lah juga seorang penyokong seni tanahair. Walaupun dengan jadualnya yang dah tentu padat pun, dia hadir memberi ‘support’ kepada kerja-kerja seni saya seperti muzikal P. Ramlee dan Puteri Gunung Ledang, tidak ketinggalan juga memberi sokongan moral kepada produksi tempatan yang lain.

“Kami amat menghargainya. ‘I will really miss him and his lovely wife Datin Seri Jeanne’.”

David (Alleycats): Gembira Pak Lah suka lagu Sampaikanlah Salam

Sementara itu, penyanyi yang terkenal dengan tagline ‘terima kasih’ vokalis Alleycats, Datuk David Arumugam berkata dia masih teringat apabila Pak Lah menghadiri Konsert Senandung Semalam Bersama Alleycats di Istana Budaya pada tahun lalu.

“Saya masih ingat lagi yang Pak Lah datang ke konsert Alleycats di Istana Budaya.

“Saya berasa gembira apabila beliau menyukai lagu Sampaikanlah Salam yang menjadi ‘trademark’ Alleycats,” ulasnya ringkas.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan