Diana dilantik Timbalan Penghulu Wirawati PLKN

Diterbitkan: Jumaat, 3 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Terserlah sikap rajin Diana apabila berada di dalam PLKN.
Terserlah sikap rajin Diana apabila berada di dalam PLKN.

SUDAH dua minggu pelakon remaja, Diana Danielle, 18, menjalani Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kumpulan 2 Siri 6/2009 di Kem PLKN Princess Haliza di Sepang.

Dia kini sudah selesa dan tidak berasa janggal lagi setelah mendapati kawan-kawan dan para jurulatih sebenarnya sangat mesra.

"Bila jalan-jalan, ramai yang tegur saya `hi'. Saya tidak langsung dibuli serta diketepikan," kata Diana yang mengakui dia tidak diberi apa-apa keistimewaan sepanjang menjalani latihan di kem itu.

Lebih menarik, pelakon comel ini turut diberi kepercayaan menjawat Timbalan Penghulu Wirawati yang antara lain menjadi `penjaga No. 2' kepada semua pelatih perempuan.

Ternyata, sifat kepimpinan yang ditunjukkan bintang muda ini berjaya menambat hati ramai di sana.

"Antara semua artis yang pernah saya jumpa, dia sangat humble dan baik.. Kepimpinannya cukup terserlah," kata komander kem itu, Mejar Muhammad Basri Abd. Rahman.

Diana telah menerima `wing' menandakan pelantikannya sebagai Timbalan Penghulu Wirawati daripada Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil dalam majlis perasmian pembukaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kumpulan 2 Siri 6/2009, semalam.

Majlis itu turut merangkumi acara menandatangani MoU antara JLKN dan 8TV untuk menerbitkan program realiti Project N.S yang akan memaparkan kehidupan Diana serta dua artis remaja lagi, Suki dan Aliff di kem tersebut.

Ditanya tentang 'jawatan' yang diberikan itu, dalam nada ceria, Diana berkata jawatan tersebut bukannya datang bergolek begitu sahaja.

Luah Diana, dia sebenarnya perlu melalui sesi `uji bakat' terlebih dahulu.

"Jurulatih bertanya kepada kami siapa nak jadi pemimpin? Seramai 50 peserta dipilih dan mereka tanya siapa boleh berkawad selain menguji `kelantangan' suara kami untuk memberikan arahan," katanya.

Antara tugas yang perlu dipikul Diana antara lain ialah memastikan semua peserta wanita hadir ke dewan pada masa yang ditetapkan serta pakaian adalah lengkap.

"Bagaimanapun, ia (Timbalan Penghulu Wirawati) tidak semudah yang disangka kerana saya harus berhadapan dengan manusia. Kerja ini melibatkan interpersonal skill," ujarnya.

Namun, tutur Diana, status artis serta jawatan yang diberikan itu tidak langsung menjadi tiket untuk dirinya diberi layanan istimewa.

"Tidak ada istimewa. Saya pernah kena denda, ditegur dan dimarahi," katanya yang turut mengakui jurulatih semakin `garang' dengan peserta dari hari ke hari.

Bercerita tentang rutin hariannya di kem, kata Diana, harinya bermula seawal jam lima pagi untuk bersembahyang Subuh berjemaah, sebelum `role call' dipanggil.

"Kemudian, kami diarah melakukan perbarisan dan senaman. Pembelajaran dalam kelas buat masa ini hanya melibatkan aktiviti pembinaan karakter seperti koir dan permainan," katanya yang telah mencuba flying-fox di kem itu.

Ujar pelakon yang popular menerusi drama Air Mata Maria dan Farah Syakira ini, dia tidak menghadapi masalah untuk melakukan aktiviti lasak kerana sememangnya meminati aktiviti luar sejak kecil lagi.

"Saya tidak sabar nak mulakan aktiviti sukan seperti kayak. Malah dulu, saya terlibat dalam aktiviti-aktiviti luar seperti rock-climbing. Jadi, tidak susah untuk melibatkan diri dalam aktiviti luar," katanya.

Disebabkan begitu sibuk dengan aktiviti di PLKN, Diana akui adakalanya ia berjaya menghilangkan kerinduan terhadap bidang seni, keluarga dan kehidupan di luar.

Malah, kata pelakon jelita itu, dia kini menjadi lebih berdisiplin walaupun baru melalui latihan PLKN selama dua minggu.

"Dulu semua perkara telah diuruskan... sekarang, saya kena buat sendiri. Ini merupakan cabaran yang paling besar kepada saya," ujar Diana.

Berat badan makin menurun

Semenjak berada di kem, akui Diana, berat badannya telah menurun. Dia hanya makan dua kali sehari berbanding enam kali ketika dia mula-mula memasuki kem.

"Sebelum masuk ke kem, saya makan banyak. Tetapi sekarang saya hanya makan sebanyak dua kali walaupun kem menawarkan makanan sebanyak enam kali sehari," katanya.

Suki seronok 'bebas' seketika dari bidang seni

Sementara itu, juara program realiti One In A Million (OIAM) musim pertama, Suki atau Low Sook Yee, 20, berkata, dia baru saja melaporkan diri di kem terbabit kelmarin.

Kata Suki, dia terpaksa menangguhkan latihan PLKN tersebut dua tahun lepas kerana sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan.

"Ini adalah keutamaan saya sekarang. Ia adalah tanggungjawab semua. Mereka yang dipilih menyertai PLKN sepatutnya gembira," katanya.

Menurut Suki, dia berasa tempoh latihan itu memberi ruang kepadanya untuk "bebas" daripada glamor dunia hiburan.

Ditanya sama ada dia telah menyesuaikan diri di kem, Suki dalam nada berseloroh berkata, dia sudah terlupa menghitung berapa kali dia menegur "hai" dengan kawan-kawan baru di kem.

"Ketika masa makan, saya tidak tahu duduk di mana dan terdapat seorang gadis memperkenalkan dirinya dan mengajak saya bercampur gaul dengan kumpulannya," katanya.

Aliff lega dapat 'bayar hutang

Sementara itu, finalis OIAM musim pertama, Aliff atau Muhammad Aliff Mohd. Satar, 19, berkata, dia teruja kerana dapat membayar `hutang penangguhan latihan' PLKN.

"PLKN bukan nak susahkan remaja tetapi membantu mereka menjalani kehidupan dengan lebih baik.

"Objektif program ini sebenarnya bagus. Remaja sekarang terlalu banyak masa bersantai, tunggu dan lepak-lepak," katanya yang baru melaporkan diri semalam.

Dia turut menasihatkan mereka yang tidak terpilih agar memohon mengikuti program PLKN yang sangat berfaedah.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan