Project N.S papar perjalanan Diana, Suki dan Aliff di PLKN

Diterbitkan: Khamis, 2 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Diana, Suki dan Aliff sempat berkongsi sedikit pengalaman menyertai PLKN setakat ini - foto mStar oleh AU YEONG HOW
Diana, Suki dan Aliff sempat berkongsi sedikit pengalaman menyertai PLKN setakat ini - foto mStar oleh AU YEONG HOW

SEPANG: Perjalanan dan pengalaman tiga artis remaja; Diana Danielle, Suki dan Aliff ketika menjalani Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) akan dapat disaksikan menerusi program realiti Project N.S yang akan disiarkan bermula 8 Mei depan di 8TV.

Diana, Suki dan Aliff telah ditempatkan di kem yang sama iaitu di Kem Princess Haliza, Sepang, bagi memudahkan penghasilan program tersebut.

Menurut Pengurus Besar Penjenamaan, Pembangunan Perniagaan, Pemasaran dan Komunikasi 8TV, Lam Swee Kim, program itu dilihat sebagai satu tanggungjawab sosial korporat stesen televisyen itu untuk mempromosikan program PLKN kepada orang ramai.

"Pembabitan Diana, Alif dan Suki di dalam program ini ternyata tepat kerana mereka merupakan ikon remaja yang cukup popular sekarang.

"Selain memaparkan aktiviti harian mereka di PLKN, program sebegini juga cukup bagus kerana dapat memberi contoh yang baik untuk diteladani oleh remaja-remaja lain.

"Project N.S ini diharap dapat membuka mata semua remaja tentang kebaikan menyertai PLKN. Sedikit-sebanyak ia dapat memberikan tips-tips berguna kepada remaja yang bakal mengikuti PLKN pada masa hadapan," kata Lam pada Majlis Menandatangani MoU antara Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) dan 8TV Kem PLKN Princess Haliza di sini, hari ini.

Selain memaparkan kehidupan tiga selebriti itu, program sebanyak lapan episod itu juga akan turut mengenengahkan modul-modul latihan yang diadakan di kem PLKN.

Modul-modul tersebut merangkumi Modul Kenegaraan, Modul Fizikal, Modul Khidmat Komuniti dan Modul Pembinaan Karakter.

"Ini bukan lakonan tetapi memaparkan keadaan kehidupan dan latihan sebenar para peserta di kem-kem PLKN.

"Program ini juga membuktikan bahawa PLKN bukanlah tertutup sehingga aktiviti-aktiviti dalam kem tidak boleh dikongsi bersama," kata Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil.

Dalam pada itu, Diana yang ditemui akui sudah mula mengadaptasikan dirinya dengan suasana kehidupan di kem.

Lebih membanggakan, Diana turut dilantik sebagai Timbalan Penghulu Wirawati, yang ditugaskan untuk menjaga pelatih-pelatih perempuan di kem tersebut.

Juara One In A Million musim pertama, Suki pula melahirkan perasaan gembira kerana diterima baik oleh semua kenalan baru dan para pelatih.

Begitu juga dengan penyanyi remaja, Aliff yang seronok dirinya berpeluang menyertai program tersebut yang dilihat mempunyai banyak manfaat.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan