'Kembara TV3' menuju destinasi terakhir di Kuantan

Diterbitkan: Khamis, 2 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SESI jelajah istimewa sempena sambutan Jubli Perak TV3, 'Kembara TV3' bergerak ke lokasi kedua menuju ke negeri Pahang Darul Makmur pada hujung minggu lalu.

Buat pertama kalinya, trup ”Kembara TV3” ditemani oleh rakan penaja, Hotlink, yang turut memeriahkan lagi persinggahan di Stadium Nadi Kota, Bandar Jengka dan Padang Kompleks Sukan, Maran sebelum berakhir di tapak Karnival Jom Heboh, Padang MPK 2, Kuantan.

Bertujuan mengeratkan silaturrahim di samping membawa TV3 dekat dengan penonton, Kembara TV3 meraikan ulang tahun bersama-sama penduduk-penduduk setempat menjalankan aktiviti-aktiviti istimewa dan menarik dengan memberi peluang kepada semua untuk beriadah sambil beramah-mesra.

Barisan personaliti yang mengikuti Kembara TV3 kali ini termasuklah Aidid Marcello, Syira My TV3, Nurul Syuhada, Intan Suraya, Sharifah Salwa, Azura dan Deq Wan Remaja.

Manakala, para artis yang turut serta ialah Que Haidar, Ako Mustapha, Wahid Senario, Farah Puteri, Kefli AF dan Nisha Dirr.

Menurut Dato’ Amrin Awaluddin, Ketua Pegawai Eksekutif TV3, "TV3 bukan sekadar menyajikan program-program yang terbaik dan berkualiti malah kami mempunyai misi untuk terus menghargai penonton setia kami yang terdiri daripada semua lapisan masyarakat dan peringkat umur.

"Melalui Kembara TV3, tujuan utama kami adalah untuk mengeratkan lagi silaturahim dan membina jalinan baru dengan semua individu yang kami temui di sepanjang lokasi yang dilawati."

"Kali ini, bersama-sama Hotlink dan disertai oleh barisan personaliti dan artis tanahair yang cukup mantap, persinggahan kami ternyata berbaloi dan penat lelah terasa hilang apabila melihat wajah-wajah penduduk Bandar Jengka dan Maran yang begitu teruja menerima kedatangan rombongan kami di setiap lokasi.

Sambutan alu-aluan yang diterima dari penduduk tempatan yang diberikan melalui paluan kompang, perarakan bunga manggar, persembahan pencak silat serta tarian dan juga layanan istimewa penduduk termasuklah menyajikan juadah-juadah lazat kepada kumpulan kami memang membuatkan pengalaman Kembara TV3 cukup bernilai."

Selain daripada permainanan ‘telematch’ berupa Kaki Gajah, Semakin Jauh Semakin Sayang, Rakit Darat, Coloring Contest, Tarik Upih, Berlari Dalam Guni dan perlawanan bola sepak dan netball, artis-artis, personaliti dan warga TV3 juga menjalankan aktiviti pemeriksaan kesihatan dan menyampaikan sumbangan berbentuk kewangan serta keperluan asas untuk kegunaan penduduk setempat.

Rumah Tunas Harapan Semai Bakti, Bandar Jengka dan Bengkel Orang Buta, Paya Teras, Maran masing-masing menerima sumbangan RM2, 000 hasil sumbangan daripada Tabung TV3.

Antara dif kehormat yang turut turun padang termasuklah Dato’ Hajjah Mariam Binti Ismail, Pegawai Daerah Maran, Pahang dan YB Dato’ Norzan bin Ahmad, Pegawai Kewangan Negeri Pahang.

Kembara TV3 bergerak menuju ke destinasi terakhir iaitu lokasi Karnival Jom Heboh yang kedua di Padang MPK2 Kuantan, pada hujung minggu lepas. Temui troop Kembara TV3 di dalam pengembaraan seterusnya di Perak bermula April 25 & 26 nanti!

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan