Wanna Be A Model? untuk yang berkeyakinan dan berani

Diterbitkan: Selasa, 31 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

(Dari kiri) – Jeffrey Cheng(hos), Jack Koo, Goh Ling Ling (8TV Chinese Brand Management Manager), Celine Yong (Ketua Editor Citta Bella), Eloise Law, Mas Ayu (Pengurus Besar Primeworks Studios Chinese Entertainment), Christopher Low, Priscilla Yee, Ahmad Izham Omar (Ketua Pegawai Eksekutif 8TV), Addy Lee, Corina Loi(Naib Presiden Kanan & Country Head of Sasa), Angie Seow, Lam Swee Kim (Pengurus Besar 8TV), Michael Huang dan Cheryl Lee (hos)
(Dari kiri) – Jeffrey Cheng(hos), Jack Koo, Goh Ling Ling (8TV Chinese Brand Management Manager), Celine Yong (Ketua Editor Citta Bella), Eloise Law, Mas Ayu (Pengurus Besar Primeworks Studios Chinese Entertainment), Christopher Low, Priscilla Yee, Ahmad Izham Omar (Ketua Pegawai Eksekutif 8TV), Addy Lee, Corina Loi(Naib Presiden Kanan & Country Head of Sasa), Angie Seow, Lam Swee Kim (Pengurus Besar 8TV), Michael Huang dan Cheryl Lee (hos)

SELEPAS dua musim, program realiti I Wanna Be A Model (IWBAM) kembali lebih menarik dan berani! Ia kini meneruskan misi mencari sepasang wajah baru supermodel.

IWBAM hakikatnya ialah program realiti 8TV dalam mencari supermodel paling hebat dari seluruh negara berdasarkan acuan tersendiri.

Ia melibatkan 13 episod di mana musim baru ini bakal menyaksikan 10 peserta lelaki dan 10 peserta perempuan dari seluruh negara dipilih daripada tiga sesi uji bakat.

Para peserta tersebut akan berentap sesama sendiri untuk menjadi supermodel lelaki dan perempuan yang diidam-idamkan itu.

Sebelum itu, mereka perlu elak daripada tersingkir dalam cabaran-cabaran yang disediakan pada setiap minggu.

Mereka perlu antara lain hebat memperagakan fesyen di pentas, pengambilan foto serta klip video, mekap sendiri dan tugasan penstailan bentuk, potongan atau fesyen pakaian.

"Kami amat teruja menyambut kedatangan musim baru ini! Kami tahu banyak muda-mudi yang ingin menjadi model tidak sabar-sabar untuk menghadiri sesi-sesi uji bakat sekali gus merebut peluang menyinar sebagai supermodel," kata Pengurus Besar, Pembangunan Perniagaan, Pengurusan Jenama, Pemasaran dan Komunikasi 8TV, Lam Swee Kim.

Menurut beliau, para penonton berpeluang melihat muda-mudi daripada pelbagai latar belakang bersaing hebat untuk merebut hadiah menarik.

"Program ini juga merupakan platform untuk menonjolkan bakat mereka menerusi program tersebut.

"I Wanna Be A Model (IWBAM) akan mencari dan mentransformasi para peserta, sedikit demi sedikit, untuk menjadi model berkelas tinggi yang berbakat besar," simpul Swee Kim.

Tambah Swee Kim, para pemenang IWBAM telah terbukti berjaya menjadi model sekarang malah membintangi beberapa drama.

I Wanna Be A Model (Musim 3) adalah terbuka kepada rakyat tempatan berbangsa Cina yang mempunyai raut wajah yg fotogenik, berumur dalam lingkungan 18 hingga 26 tahun dan tidak terikat dengan sebarang kontrak agensi model.

Bagi mereka yang berminat, mereka digalakkan menghadiri sesi-sesi uji bakat dan membawa bersama-sama kad pengenalan asal, potrait sendiri (separuh atas dan keseluruhan tubuh badan) selain kurang daripada dua tahun pengalaman dalam permodelan.

Sesi uji bakat bakal bermula di tiga lokasi berbeza iaitu di Johor, Penang and Kuala Lumpur pada 18 April (Sabtu) ini, dari 10 pagi hingga 6 petang.

Lokasi tersebut ialah Atrium, Ground Floor, Plaza Pelangi, Taman Pelangi di JOHOR BAHRU; Gurney Centre Atrium, Ground Floor, Gurney Plaza, Gurney Drive di PULAU PINANG dan Centre Court, Level 3, MINES Shopping Fair, Seri Kembangan di KUALA LUMPUR.

Jika gagal menghadiri tiga sesi uji bakat tersebut pada hari pertama; mereka boleh berbuat demikian pada hari kedua sesi uji bakat pada 19 April ini di Centre Court, Level 3, MINES Shopping Fair, Seri Kembangan, Kuala Lumpur. Waktunya, 10 pagi hingga 6 petang.

Selepas uji bakat tersebut, para peserta akan melalui proses penyingkiran secara mingguan sehingga lima finalis daripada setiap kumpulan (lelaki dan perempuan) bergabung secara pasangan untuk bersaing dalam pusingan seterusnya.

Empat finalis (dua lelaki dan dua perempuan) akan bersaing sesama sendiri pada episod terakhir untuk merebut gelaran Top Model.

Para penonton berpeluang mengundi peserta pilihan mereka pada pusingan terakhir menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

Pusingan akhir akan ditayang secara langsung pada 27 September kini. Masa dan tempat belum ditentukan.

Christopher Low, Addy Lee dan Priscilla Yee kembali sebagai juri-juri untuk musim baru itu. Musim ketiga itu juga menampilkan Jeffrey Cheng dan Cheryl Lee sebagai hos rancangan.

Penaja bersama dalam program 8TV itu ialah Sasa dan Citta Bella sebagai majalah rasmi. One FM pula ialah stesen radio rasmi.

Saluran 8TV akan menayangkan episod pertama IWBAM musim ketiga secara eksklusif bermula 5 Julai (Ahad) ini. Masa belum ditentukan.

Apa kata bekas para pemenang I Wanna Be A Model?

(Musim Pertama)

JACK KOO: "Ketinggian seseorang itu menjadi kelebihan dalam pertandingan seumpama ini. Bagaimanapun, anda harus mempunyai keyakinan tinggi."

ELOISE LAW: "Peserta harus bertenang. Mereka perlu menjaga kesihatan kerana peserta perlu menghadapi banyak tekanan dan kritikan daripada juri mahupun penonton."

(Musim Kedua)

ANGIE SEOW: "Saya menyedari telah melakukan `kesilapan' semasa sesi uji bakat. Mengimbau kembali peristiwa itu, saya baru sedar tindakan menunjukkan dua jari (tanda hi) semasa pengambilan foto adalah 'hodoh' dari aspek profesional."

MICHAEL HUANG: "Saya menyertai I Wanna Be A Model ketika masih belajar. Tanpa disangka-sangka, ia berakhir dengan nota gembira - saya menjadi model sekarang!"

Apa kata juri-juri I Wanna Be A Model (musim ketiga)?

ADDY LEE: "Tidak kira anda hodoh atau jelita. Jika anda berani menyertainya, kami akan beri peluang. Apa yang penting ialah keyakinan diri."

PRISCILLA YEE: "Peserta perlu membuat persediaan rapi. Saya pernah menemui peserta berselipar dan berseluar pendek menyertai sesi uji bakat. Dia mungkin tidak sedar tanggapan awal sangat penting kepada para juri.

"Jangan ada yang pakai mekap `smokey eyes' dan 'leopard eyes'."

CHRISTOPHER LOW: "Malaysia sebenarnya mempunyai banyak model yang belum dikenal pasti lagi. Ini menyebabkan kita mengimport model dari luar negara.

"Moga-moga program ini dapat menarik lebih banyak penyertaan daripada rakyat tempatan."

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan