Tinjauan mStar: Kelemahan ketara AF7 ialah sikap pelajar dan pemilihan lagu?

Diterbitkan: Selasa, 31 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

AKADEMI Fantasia 7 yang sedang berlangsung kini, membawa satu tekad transformasi.

Tapi sejauhmana transformasi ini dapat diterjemahkan dalam bentuk persembahan, kualiti 'graduan' AF yang dikeluarkan masih terlalu awal untuk diramalkan.

Namun mStar Online telah membuat dua tinjauan baru-baru ini di bawah tajuk: "Adakah Tiara mampu membawa transformasi dalam AF7?" dan "Apa kelemahan ketara AF7?"

Tinjauan yang mendapat sambutan memberangsangkan ini secara langsung membawa jawapan telus dan memberi sedikit pencerahan tentang apa yang penonton program realiti ini harapkan.

Untuk tinjauan pertama, "Adakah Tiara mampu membawa transformasi dalam AF7?", seramai 61% pembaca mStar menjawab 'Tidak', 21.4% berkata 'Mungkin' dan 17.6% yakin dengan kemampuan Tiara membawa pembaharuan.

Agak tidak adil jika seawal ini, kita melemparkan kesangsian dan keraguan tentang kebolehan Pengetua atau Principal Tiara. Masih awal untuk dibuat rumusan kerana program ini masih di peringkat 'incubator' minggu keempat.

Peminat program realiti popular masih melahirkan harapan setinggi gunung, ingin melihat gandingan pelajar cemerlang seiring dengan corak pembelajaran yang diterapkan oleh oleh semua guru-guru di akademi dengan jaya dan efektif.

Bagi tinjauan kedua, "Apakah kelemahan ketara AF7?" pula, seramai 12.3% pembaca yang menyalahkan 'sikap peserta,' 6.2% berkata 'pemilihan lagu' tidak sesuai.

Sebanyak 2% pembaca mengatakan 'susunan muzik', 4.4% merumuskan 'sistem pembelajaran' dan sebilangan besar pembaca iaitu 75.1% berkata kelemahan ketara adalah kerana 'semua faktor yang di atas.'

Secara rambang, kedua-dua tinjauan ini seakan-akan mencerminkan apa yang terkilan di hati peminat AF7.

Walau apa pun hasrat yang dilahirkan, semua yang tertera di atas perlu dilakukan untuk memantapkan program ini.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan