SRK kembali berlakon walaupun belum sembuh

Diterbitkan: Selasa, 31 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SRK kembali ke set penggambaran filem walaupun doktor menasihatinya untuk berehat selama empat hingga lima bulan
SRK kembali ke set penggambaran filem walaupun doktor menasihatinya untuk berehat selama empat hingga lima bulan

SETELAH berehat lebih sebulan sebaik menjalani pembedahan bahu tidak lama dulu, bintang Bollywood tersohor Shahrukh Khan kembali ke set penggambaran filem My Name Is Khan arahan Karan Johar.

"Dia telah menyambung semula penggambaran filem arahan rakan baiknya itu, bergandingan bersama Kajol.

SRK telah menjalani pembedahan di bahunya dan doktor telah menasihatinya agar berehat paling kurang selama empat bulan.

"Tetapi SRK tetap meneruskan penggambaran itu walaupun baru berehat sekejap. Doktor telah memberi amaran kepadanya, tetapi dia tidak mengendahkannya," kata satu sumber.

Sebagai langkah hati-hati, SRK tetap akan memastikan dirinya hanya menjalani penggambaran untuk babak-babak ringan saja.

Memandangkan bahunya belum benar-benar sembuh, SRK terpaksa mengambil ubat penahan sakit sebelum penggambaran bermula dan adakalanya melakukan latihan fizikal untuk cepat memulihkan bahunya itu.

"Ia mengambil masa paling kurang pun empat hingga lima bulan untuk dia benar-benar sembuh. Dia tidak boleh melakukan aksi 'stunt' untuk enam bulan atau mungkin lebih," tambah sumber tersebut.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan