Lily Allen teruja miliki ramai kawan

Diterbitkan: Selasa, 31 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Lily Allen gembira sudah mula mempunyai ramai kenalan berbanding ketika zaman persekolahan dulu
Lily Allen gembira sudah mula mempunyai ramai kenalan berbanding ketika zaman persekolahan dulu

BINTANG pop Lily Allen mendedahkan dirinya tidak mempunyai seorang sahabat pun ketika masih bersekolah dan disebabkan itu, dia amat teruja untuk menjalin persahabatan menerusi Internet.

Kata Lily, dia cuba mencari ramai kenalan dan memberitahu dirinya mempunyai rakan yang amat ramai menerusi laman web MySpace.

"Saya tidak melalui perjalanan hidup yang sukar ketika masih bersekolah, tetapi tidak dinafikan saya memang tidak mempunyai kawan langsung," kata Lily.

Tambahnya, dia turut memberitahu ibunya bahawa dia mempunyai ramai kenalan di Britain.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan