Aishwarya tolak tawaran Barbie

Diterbitkan: Isnin, 30 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ash menolak tawaran untuk 'diabadikan' sebagai patung Barbie
Ash menolak tawaran untuk 'diabadikan' sebagai patung Barbie

AKTRES Bollywood Aishwarya Rai nampaknya enggan dirinya 'diabadikan' sebagai patung Barbie, atas dasar profesional terhadap kariernya.

Sebelum ini, wakil aktres berusia 35 tahun itu dikatakan sedang berbincang dengan pengeluar patung tersebut, Mattel, yang berhasrat untuk menghasilkan patung Barbie yang bersandarkan kejelitaan wajah aktres itu.

Namun, rundingan itu nampaknya tidak berhasil.

Sejak memenangi gelaran Miss World pada tahun 1994, Mattel telah berusaha untuk mengabadikan wajahnya pada patung popular itu. Namun, Ash dikatakan tidak dapat menunaikan hasrat tersebut kerana alasan yang sama seperti yang terbaru ini.

Namun begitu, sempena ulangtahun Barbie yang ke-50 baru-baru ini, Ash sekali lagi ditawarkan untuk menjadi selebriti Barbie.

"Mattel berminat untuk melihat Ash berjalan di acara Lakme Fashion Week dengan digayakan seperti Barbie di dalam rekaan istimewa, yang mana ia akan dilelong untuk sumbangan kepada badan kebajikan pilihannya sendiri," kata jurucakap Ash di dalam sebuah kenyataan.

Untuk acara itu juga, Ash tetap menolak kerana tidak mahu menyusahkan produksi filem yang sedang dijayakannya jika dia terpaksa meminta pelepasan masa semata-mata untuk hadir ke acara tersebut.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan