Artis Astro diurus AESB mulai 1 April, bukan Maestro lagi

Diterbitkan: Ahad, 29 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pengarah Eksekutif Astro Entertainment Sdn. Bhd Zainir Aminullah mengumumkan mengenai pembubaran Maestro dan AESB mengambil alih semua artis yang bernaung di bawah syarikat tersebut.
Pengarah Eksekutif Astro Entertainment Sdn. Bhd Zainir Aminullah mengumumkan mengenai pembubaran Maestro dan AESB mengambil alih semua artis yang bernaung di bawah syarikat tersebut.

“SERAMAI 37 artis di bawah Maestro akan diserap bawah AESB. Jadi, Maestro tidak akan ada lagi,” umum Pengarah Eksekutif Astro Entertainment Sdn. Bhd., Zainir Aminullah semasa sidang media selepas Konsert Minggu Ketiga Akademi Fantasia semalam.

Zainir berkata Astro Entertainment Sdn. Bhd. (AESB) telah memperhalusi proses perniagaan dan membuat keputusan untuk memperkukuhkan lagi aktiviti pengurusan seni artis bersama Maestro Sdn. Bhd. berkuatkuasa pada 1 April ini.

Maestro merupakan anak syarikat Astro yang meliputi Maestro Talent, Maestro Records dan Maestro Publishing.

Kata Zainir, Maestro perlu dibubarkan atas alasan yang kukuh dan dianggap sebagai satu lumrah perniagaan.

“Kami mengambil pendekatan untuk melihat kemajuan Astro dan kami tidak mahu masuk kepada aspek kepincangan.

“Kami membuat keputusan ini selepas membuat penilaian dari segi saiz empayar.

“Perubahan ini merupakan satu kitaran yang akan dilakukan oleh mana-mana syarikat,” ulas Zainir.

Justeru, AESB akan mengambil alih tugas dalam menguruskan kerjaya seni artis-artis di bawah naungan Maestro seperti yang tertera dalam kontrak masing-masing.

“Bagi artis yang masih mempunyai kontrak dengan Maestro, tiada perubahan yang kita lakukan dari segi kontrak.

“Bukan sahaja artis, malah ada juga antara staf Maestro dan ada juga anggota dan pegawai lain yang diserap masuk ke AESB mulai minggu depan.

Segala perjanjian yang telah termaktub tidak akan terjejas berikutan kepada perubahan ini kerana akan terus diuruskan oleh AESB.

AESB yang telah ditubuhkan sejak dua tahun lalu juga terus komited dalam melahirkan bintang-bintang tempatan yang bakal mewarnai dunia seni hiburan tanahair dan akan terus memberikan sokongan kepada mereka dalam mengembangkan kerjaya seni mereka.

“Kita masih buat perkara yang sama dilakukan oleh Maestro dan tidak akan berhenti menerbitkan lagu.

“Kita akan buat berpuluh lagu lagi untuk artis kerana mereka juga nak cari makan,” ujar Zainir.

Ditanya tentang status Ketua Pegawai Operasi Maestro,Freddie Fernandez, Zainir berkata:

“Dia (Freddie) masih dengan kita (Astro). Dia tidak mempunyai syer dengan Maestro dan dia dikira sebagai pekerja Astro. Maestro merupakan 100 peratus syarikat di bawah Astro.”

Maestro Talent & Management Sdn. Bhd. ditubuhkan pada 24 Julai 2003, dan beroperasi sebagai sebuah syarikat pengurusan artis yang dilahirkan meneruisi pelbagai program terbitan Astro.

Antaranya adalah bintang AF seeprti Mawi, Stacy, Dafi, Farah dan Mila.

Maestro mempunyai 13 staf dan mengendalikan lebih 30 artis beroperasi di Plaza Damansara , Bukit Damansara.

Juara Raja Lawak musim ketiga, kumpulan Sepah adalah artis terbaru di bawah pengurusan syarikat Maestro.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan