AF7: Penyingkiran Rini, Obri memang dirancang

Diterbitkan: Ahad, 29 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ASTRO membuat kejutan menyingkirkan dua pelajar pada konsert AF  minggu ke-3 semalam. Foto THE STAR Oleh DARRAN TAN.
ASTRO membuat kejutan menyingkirkan dua pelajar pada konsert AF minggu ke-3 semalam. Foto THE STAR Oleh DARRAN TAN.

WALAUPUN menunjukkan persembahan yang mempunyai peningkatan pada minggu ketiga semalam, nasib tidak menyebelahi Zuzafrini Zulkifli atau Rini, 25, apabila dia disingkirkan daripada program Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7).

Rini tidak keseorangan, sebaliknya pemergiannya turut diiringi oleh peserta lelaki, Ahmad Sobri Hasmuni (Obri), 24, selepas mendapat markah tercorot iaitu 5 peratus manakala Rini ditangga ke-12 dengan undian 6 peratus.

Dalam minggu bertemakan lagu 80-an ini, Rini menyanyikan lagu Seloka Cinta Remaja nyanyian asal oleh Seha Freedom manakala Obri menyampaikan lagu Abang Beca (Broery Marantika).

Rini berkata, walaupun dia terkeluar, tetapi sekurang-kurangnya dia telah melakukan yang terbaik dalam konsert minggu ketiga itu.

Menurut Pengurus Saluran Astro Ria, Khairul Mizan Shagul, pihak Astro telah merancang untuk menyingkirkan dua orang pelajar pada konsert minggu ketiga itu.

“Memang kami dah rancang dua peyingkiran dari awal kerana seperti biasa AF sentiasa mempunyai kejutan,” ulasnya dalam sidang media selepas program tersebut berakhir.

Sementara itu, Ismaliza Ismail (Isma), 30, mendapat peratusan teratas iaitu 16 peratus, diikuti oleh Mohd. Hafiz Mohd. Suip (Hafiz), 19, dengan 13 peratus dan Siti Aishah Bujang (Aishah), 18, mendapat 8 peratus.

Tangga keempat diduduki oleh Khairil Azam Pilus (Aril), 24, dengan 7 peratus dan turut mendapat peratusan yang sama dengan Aril mengikut kedudukan masing-masing adalah Afiq Hakim Ahmad (Akim), 18, Claudia Fay Geres (Claudia), 24, Nur Fazelah @ Zizie Mohd. Tahil (Zizi), 24, dan Mohd Qhauhd Abdul Rashid (Qhaud), 25.

Dalam pada itu, Rubisa Tiasin (Rubisa), 23, Mohd Rashidi Mohamad Isa (Sidi), 27 dan Mohd Yazid Ibrahim (Yazid), 22, masing-masing mendapat 6 peratus.

Markah peratusan peserta dikira berdasarkan 100 peratus undian penonton.

Selain persembahan oleh 13 peserta, penyanyi Indonesia bertaraf antarabangsa iaitu Anggun turut diundang menyanyi sekaligus membuat persembahan penutup.

Program yang dihoskan oleh AC Mizal ini turut disertai oleh pengkritik tetap Datuk Khadijah Ibrahim dan Adlin Aman Ramli serta pengkritik jemputan iaitu pensyarah muzik Universiti Teknologi Mara (UiTM) Prof Madya Khairil Johari Johar.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan