Patung Barbie berwajah Aishwarya Rai

Diterbitkan: Sabtu, 28 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Patung Barbie menyerupai wajah jelita Ash akan dilancarkan tidak lama lagi
Patung Barbie menyerupai wajah jelita Ash akan dilancarkan tidak lama lagi

SEMPENA 50 tahun ulangtahun patung Barbie, pengeluarnya Mattel Toys bercadang melancarkan patung Barbie yang bersandarkan kejelitaan wajah aktres Bollywood popular, Aishwarya Rai.

Ash dimaklumkan tentang perkara itu beberapa bulan lalu, tetapi dia ingin mendapatkan kepastian mengenai keseluruhan rupa bentuk patung itu sebelum memberikan kata putus.

Menurut sumber, Aishwarya agak gembira dan teruja kerana diberi penghargaan seperti itu.

"Dia sangat prihatin tentang imejnya dan oleh sebab itu, dia tidak ingin patung itu berupa bentuk sesuatu yang tidak disenanginya."

Sumber itu menambah, laporan awal tentang patung tersebut menunjukkan petanda positif. Justeru, Mattel Toys merancang untuk mempercepatkan pengeluaran dan mengedarkan patung-patung itu di India, United Kingdom dan Dubai yang mempunyai ramai penyokong Bollywood khususnya para peminat Ash.

Kata sumber itu lagi,"Patung Barbie akan menyerupai diri sebenar bintang itu dan juga akan menampilkan warna hijau mata Ash serta pakaian yang berjenama terkenal.

"Ramai pereka fesyen terkenal juga telah ditawarkan untuk menghasilkan pakaian berelemen India dan barat untuk melengkapi patung Barbie Aishwarya," katanya.

Antara selebriti yang pernah 'menjadi' Barbie ialah Beyoncé Knowles, Elizabeth Taylor dan Diana Ross yang juga mempunyai patung edisi khas Barbie masing-masing.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan