Britney masih berhubung dengan bekas kekasih

Diterbitkan: Sabtu, 28 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Britney dikatakan masih menghubungi bekas kekasihnya, Adnan dan meminta ingin berjumpa dengannya
Britney dikatakan masih menghubungi bekas kekasihnya, Adnan dan meminta ingin berjumpa dengannya

PENYANYI popular Britney Spears nampaknya masih menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Adnan Ghalib, 36, walaupun bekas teman lelakinya itu telah diarahkan hakim agar tidak mengganggu penyanyi kontroversi itu.

Britney dalam mesej SMS tersebut merayu Adnan agar membebaskannya daripada kawalan bapanya. Thesun.co.uk melaporkan, Adnan bagaimanapun tidak membalas SMS itu kerana menghormati keputusan mahkamah.

Satu sumber berkata: "Dia (Britney) kerap menghantar SMS berbentuk rayuan kepada Adnan agar membantunya mendapatkan 'kebebasan'.

"Katanya, dia kesunyian dan kepingin keluar dengan lelaki pilihannya. Dia berasa terkongkong. Dia merayu Adnan agar berjumpa dengannya untuk bersama-sama membebaskannya daripada cengkaman ayah yang konservatif.

"Britney berjaya mendapat beberapa mesej daripada Adnan menerusi bantuan pendandan rambut dan pasukan stail - tetapi Adnan tidak boleh menghubunginya atau menghadapi risiko dipenjarakan."

Adnan dan Spears menjalinkan hubungan pada tahun 2007.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan