'Kisah Sepah' akan ke udara di Astro Ria Ahad ini

Diterbitkan: Khamis, 26 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Juara Raja Lawak Musim Ketiga, Sepah akan dapat dilihat di Astro Ria pada hari minggu ini.
Juara Raja Lawak Musim Ketiga, Sepah akan dapat dilihat di Astro Ria pada hari minggu ini.

ASTRO RIAmeneruskan inisiatif untuk memberikan hiburan untuk seisi keluarga yang berterusan dengan membawakan sebuah lagi program yang bakal mencuit hati para penonton melalui Kisah Sepah yang akan bersiaran pada setiap hari Ahad, jam 9.30 malam bermula pada 29 Mac ini.

"Seperti yang telah dijanjikan, juara bagi program realiti Raja Lawak Astro akan muncul melalui program khas sejurus selepas bergelar juara sebagai tanda penghargaan kepada para peminat yang tidak jemu-jemu menyokong pembabitan mereka semasa pertandingan berlangsung.

"Kami yakin kumpulan Sepah mempunyai peminat tersendiri yang akan terus menyokong kerjaya mereka sehingga menjadi kumpulan pelawak yang disegani tidak lama lagi.

"Program khas yang telah disediakan ini merupakan salah satu daripada batu loncatan yang telah dirancang bagi memulakan kerjaya mereka selaku pelawak yang bukan sahaja berkualiti malah disegani.

"Selepas kejayaan program Raja Lawak Astro musim ketiga berjaya menarik perhatian ramai penonton terutamanya pada episod akhir yang berjaya meraih lebih daripada 1.3 juta penonton, kami yakin pelawak-pelawak yang kami lahirkan melalui program ini mempunyai ruang untuk terus berkarya di dalam industri hiburan tanahair.

"Prestasi yang membanggakan ini juga merupakan salah satu daripada testimoni utama kami dalam memberikan hiburan yang berterusan dengan menonjolkan juara bagi program Raja Lawak Astro, iaitu kumpulan Sepah melalui sebuah program khas lapan episod," ujar Pengurus Saluran Astro RIA, Khairul Mizan Shagul.

Kisah Sepah akan memaparkan perjalanan dan aktiviti kerjaya seni kumpulan Sepah selepas mereka dinobatkan sebagai juara bagi program realiti mencari bakat lawak melalui Raja Lawak Astro musim ketiga.

Segala pengalaman pahit manis dan suka duka mereka yang baru pertama kali bergelar artis akan dipaparkan dalam program khas ini selama 30 minit pada setiap minggu.

Pelbagai gelagat spontan mereka boleh diikuti semasa menghadiri sesi fotografi, membuat persembahan pentas di khalayak umum dan majlis tertutup serta kegiatan mereka di masa lapang.

Para penonton juga dapat melihat bagaimana mereka bersatu dalam mengeluarkan idea-idea bernas sebelum mengadakan persembahan pentas.

Kumpulan Sepah yang terdiri daripada Shuib, Mamat dan Jep juga akan berkongsi pengalaman suka-duka sebelum menyertai pertandingan Raja Lawak Astro.

"Istimewanya program khas ini juga ialah apabila para penonton akan didedahkan dengan pengakuan-pengakuan kumpulan Sepah sebelum dan semasa pertandingan berlangsung yang belum pernah dihebahkan kepada mana-mana pihak seperti Shuib dan Jep yang bernazar untuk membotakkan kepala jika terpilih memasuki pertandingan Raja Lawak Astro musim ketiga," ujar Khairul lagi.

Selain dari mengikuti kegiatan kumpulan Sepah di belakang tabir, para penonton juga akan dihiburkan dengan persembahan sketsa pendek sebagai selingan program.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan