Astro mulakan pencarian 'Anak-anak Wayang'

Diterbitkan: Khamis, 26 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Dua hos yang akan menjayakan program 'Anak Wayang.'
Dua hos yang akan menjayakan program 'Anak Wayang.'

ASTRO meneruskan lagi kegemilangan dan tradisinya dalam mengekalkan kedudukannya yang terunggul dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada para pelanggannya dengan memperkenalkan sebuah projek yang akan mengegarkan industri drama tempatan.

'Anak Wayang' akan memulakan penjelajahannya untuk mencari pelakon-pelakon berpotensi yang layak bergelar anak wayang pada April ini.

"Semenjak Astro memperkenalkan program realiti popular Akademi Fantasia, kami berjaya melahirkan bintang-bintang nyanyian seperti Vince, Zahid, Mawi, Mila, Stacy dan pelawak-pelawak versatil melalui program realiti Raja Lawak Astro seperti Nabil, Johan, Zizan dan yang terbaru kumpulan Sepah.

"Kami melihat Astro berjaya dengan formulanya untuk melahirkan juara-juara bagi program realiti yang bukan sahaja hadir sebagai tempelan tetapi memberi impak besar kepada industri hiburan tanahair.

"Oleh itu, kami yakin sudah tiba masanya bagi pihak Astro untuk melahirkan sebutir lagi bintang yang akan menyinari dunia drama tempatan pula.

"Projek yang dilancarkan ini juga dilihat mendukung hasrat syarikat yang ingin menjadikan Astro sebagai destinasi utama bagi drama-drama terbaik tempatan melalui payung penjenamaan, Astro Megadrama.

"Kami yakin Anak Wayang mampu memberikan gegaran yang luar biasa kepada industri drama tempatan melalui idea dan bakat-bakat baru yang diperkenalkan kelak," ujar Pengarah Eksekutif Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB) Zainir Aminullah.

Projek Anak Wayang ini bakal dijanakan oleh dua buah saluran yang akan berganding bahu; Astro RIA (saluran 104) dan Astro PRIMA (saluran 105) yang masing-masing akan menayangkan program realiti bagi mencari bakat lakonan dan drama bersiri yang akan berlangsung secara serentak.

Projek Anak Wayang yang didukung oleh dua buah saluran ini bakal melihat para peserta bertanding untuk memegang lima watak iaitu jururawat, mekanik, pengelola majlis, gangster dan setiausaha untuk drama bersiri 50 episod yang akan ditayangkan di Astro Prima pada masa yang sama, berjudul Kecuali Cintamu.

Pada setiap minggu, para peserta akan menerima didikan dalam dunia lakonan di bawah bimbingan tenaga pengajar yang berpengalaman dalam bidang lakonan. Panel juri yang ditetapkan pula akan menilai prestasi mereka dan memilih hanya dua peserta untuk mara ke hadapan.

Nasib dua peserta ini akan ditentukan oleh undian SMS. Bagi mengetahui keputusan undian SMS, penonton perlu menyaksikan drama di Astro PRIMA pada setiap minggu.

”Uniknya projek ini ialah apabila kami akan mencari calon-calon bagi pemegang lima watak utama dalam drama bersiri pada setiap minggu.

"Lima watak tersebut kemudian perlu mengekalkan mutu lakonan mereka dalam drama bersiri di Astro Prima kerana tiga watak akan dimatikan dan memberi pilihan kepada penonton untuk memilih hanya seorang yang layak bergelar Anak Wayang melalui undian SMS.

"Kami percaya projek Anak Wayang ini mampu menarik perhatian ramai pencinta-pencinta dunia lakonan. Bakal juara juga secara automatik akan ditawarkan untuk berlakon dalam drama bersiri 130 episod di Astro Prima," tambah Zainir lagi.

Pelakon lelaki terbaik di Festival Filem Malaysia ke-20; Rusdi Ramli dan Bintang Harapan Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-17; Fazura akan bergilir-gilir mengacarakan rancangan-rancangan berkaitan yang akan diumumkan kelak.

Bagi mereka yang berminat unutk bergelar Anak Wayang yang pertama di platform Astro, anda dijemput hadir ke sesi ujibakat yang telah pun dirangka di tiga buah negeri seperti:

4 & 5 April (Grand Paragon Hotel, Johor Bahru) 11 & 12 April (Bayview Hotel, Penang Pulau Pinang) 18 & 19 April (Shah Alam City Centre, Shah Alam

11 & 12 April (Bayview Hotel, Penang Pulau Pinang)

Pertandingan ini terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur di antara 18 – 35 tahun dan tidak terikat dengan mana-mana kontrak syarikat produksi drama mahupun pengurusan artis.

Mereka yang berminat hanya perlu membawa salinan kad pengenalan berserta dua keping gambar berukuran 4R (gambar profil dan paras pinggang) dan menonjolkan kebolehan berlakon secara spontan kepada juri.

Kaunter pendaftaran bagi setiap sesi ujibakat dibuka dari jam 9 pagi hingga 1 petang dan para peserta digalakkan untuk hadir awal bagi mengelakkan kesesakan.

Projek Anak Wayang ini akan mula bersiaran di Astro RIA pada 22 Mei 2009. Butir-butir lanjut mengenai program-program berkaitan akan diumumkan kelak.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan