Wajah dan keremajaan Madonna persis wanita 30 tahun, kata Luz - Berita Hiburan | mStar

Wajah dan keremajaan Madonna persis wanita 30 tahun, kata Luz

Diterbitkan: Selasa, 24 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Keremajaan Madonna cukup mempersonakan Jesus Luz yang 28 tahun lebih muda darinya.
Keremajaan Madonna cukup mempersonakan Jesus Luz yang 28 tahun lebih muda darinya.

KEJELITAAN dan keremajaan yang dimilikki Ratu Pop Madonna amat dikagumi oleh kekasihnya Jesus Luz yang muda belia.

Model kelahiran Brazil itu tampak begitu asyik dengan cintanya terhadap Madonna.

Kata Luz, wajah, susuk tubuh dan keremajaan Madonna persis wanita berusia 30 tahun. Luz menyatakan ini kepada bekas teman wanitanya, Catharina Franca.

Luz, yang berusia 22 tahun itu, baru-baru ini telah memeranjatkan ahli keluarga dan teman-temannya apabila memberitahu hasratnya untuk mengahwini Madonna, 28 tahun lebih tua darinya.

Luz juga berkata, dia mungkin akan mengambil anak-anak Madonna jadi anak angkatnya.

Dia memberitahu Catharina, "Madonna mempunyai badan yang cantik, seksi, seorang yang pemurah dan seorang ibu yang hebat."

"Perbezaan umur antara kami tidak ada apa-apa. Madonna juga ada personaliti yang remaja. Saya cintakannya dan saya tidak ada masalah dengannya," kata Luz.

Catharina, 18, juga menafikan yang Luz berpacaran dengan Madonna hanya kerana publisiti murahan.

"Dia benar-benar cintakan Madonna. Bukan kerana nama atau harta. Luz sayangkan Madonna. Mereka punya banyak persamaan.

"Luz amat menitikberatkan fizikal yang sempurna. Seandainya Madonna berwajah seperti seorang wanita berusia 50 tahun, kemungkinan Luz tidak akan melihatnya langsung," kata Catharina.

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan