Jacko teringin ambil anak angkat dari Britain - Berita Hiburan | mStar

Jacko teringin ambil anak angkat dari Britain

Diterbitkan: Selasa, 24 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Jacko rasa dia seorang ayah yang sempurna...
Jacko rasa dia seorang ayah yang sempurna...

TIBA-TIBA timbul pula keinginan bintang 'Thriller' Michael Jackson hendak mengambil anak angkat dari negara Britain pula.

Michael yang kini berada di Britain untuk konsertnya berasa dia adalah seorang ayah yang sempurna.

Penyanyi sensasi itu, yang kini mempunyai tiga orang anak, sudahpun menghubungi agensi anak angkat di Britan yang mempunyai cawangan di seluruh dunia.

"Anak-anak adalah dunianya. Dan di mana saja dia pergi, anak-anaknya akan ikut serta. Michael rasa adalah masa yang sesuai untuk mengambil anak angkat lagi seorang," kata satu sumber.

"Mungkin juga Michael mendapat inspirasi ini setelah melihat Madonna mengambil anak angkat dari suku kaum Afrika. Tapi tidak ada siapapun tahu kenapa Michael tiba-tiba mempunyai keinginan," kata sumber itu.

Penyanyi berusia 50 tahun itu bertambah yakin setelah melihat sambutan orang ramai terhadap konsert bulan Julainya di arena OS2.

"Namun, Michael berkata dia dilihat agak berbeza di Britain berbanding di Amerika.

"Dia juga tidak memberitahu samada dia mahukan anak lelaki atau perempuan," kata sumber itu.

Namun apa saja bentuk pengambilan anak angkat akan menyebabkan protes dari orang ramai kerana seperti yang difahamkan, Michael pernah mengahdapi pertuduhan mencabul kanak-kanak.

"Michael rasa orang Britain memahami dirinya. Tambahan pula pertuduhan itu telah lama berlalu dan ini adalah permulaan yang baru," kata sumber itu.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan