Brad Pitt digugurkan kerana terlalu kacak jadi wartawan? - Berita Hiburan | mStar

Brad Pitt digugurkan kerana terlalu kacak jadi wartawan?

Diterbitkan: Selasa, 24 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pengarah Kevin rasa Brad Pitt terlalu kacak untuk jadi wartawan bagi filem barunya.
Pengarah Kevin rasa Brad Pitt terlalu kacak untuk jadi wartawan bagi filem barunya.

AKTOR Brad Pitt yang dipilih sebagai lelaki paling seksi di muka bumi ini telah digugurkan dari filem terbaru, 'State of Play' kerana pengarahnya Kevin McDonald merasakan Pitt terlalu kacak untuk membawa watak itu.

Pitt sepatutnya melakonkan watak seorang wartawan di layar perak tetapi separuh jalan dia telah meninggalkan pos produksi kerana tidak berapa puas hati dengan skrip filem thriller itu.

Bintang dari filem ‘Gladiator’ Russell Crowe dipilih untuk menggantikan Pitt. Kini Crowe akan berlakon disamping Ben Affleck, yang akan membawa karektor ahli Kongres dalam filem itu.

Pengarah Kevin rasa wajah Crowe yang agak kasar itu lebih sesuai untuk bawa watak wartawan dalam filem itu.

Katanya,"Saya rasa gembira kerana watak wartawan itu tidak bersesuaian dengan Brad Pitt.

"Ianya berkisarkan tentang persahabatan di antara wartawan dan ahli politik. Si wartawan itu rasa rendah diri kerana tidak pandai bergaya, tidak ada teman wanita dan amat mengagumi sahabatnya, si ahli politik itu.

"Dan saya rasa watak itu sememangnya tidak sesuai untuk Brad Pitt langsung. Dia tidak ada masalah untuk dapatkan teman wanita," kata Kevin.

Jadi, pengajaran yang boleh didapati ialah kadangkala wajah yang menarik pun tidak menjamin sesuatu peluang pekerjaan.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan