Nora Danish: 'Kalau boleh tak nak anak jadi artis'

Diterbitkan: Isnin, 23 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Nora bersama Rayqal. -foto mStar oleh SITI AZIRA ABD. AZIZ
Nora bersama Rayqal. -foto mStar oleh SITI AZIRA ABD. AZIZ

"KALAU boleh saya tak nak anak jadi artis dan biar jadi pemimpin negara. Tetapi apabila dia besar, saya tak halang kalau dia nak menceburi bidang seni," kata aktres Nora Danish Hanif, 27, tentang masa depan anak sulungnya, Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram, dua bulan setengah.

Selepas anaknya berusia dua bulan setengah, Nora secara rasminya bersedia perkenalkan Rayqal kepada khalayak pada Sabtu lalu dalam majlis aqiqah, naik buaian dan cukur jambul anaknya yang berlangsung di rumah bekas mertuanya, di Ampang.

Malah Nora juga mendoakan yang terbaik untuk Rayqal supaya membesar dengan sihat dan menjadi anak yang berjaya.

"Saya berharap semoga Rayqal sudah dapat bergelar tahfiz al-Quran pada usia empat tahun.

"Saya juga berdoa semoga dia menjadi anak yang beriman dan soleh. Insya-Allah," luahnya dalam nada tenang sambil tersenyum manis.

Jelas Nora, setelah bercerai, kehidupannya lebih bermakna dengan adanya cahaya mata malah hubungannya dengan bekas suami, Toh Muda Rizal Ashram Ramli dan mertua tidak pernah putus.

Buat masa ini, Nora berkata dia belum terfikir lagi untuk mendirikan rumah tangga buat kali kedua selepas disahkan bercerai dengan Rizal pada 12 Ogos 2008 selepas Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur mengesahkan lafaz cerai diucapkan Rizal pada Februari dan Jun lalu sebagai sah dan memutuskan pasangan itu bercerai dengan talak dua ketika Nora sedang mengandung empat bulan.

Jelas Nora, dia tidak susah bergelar ibu tunggal pada usia muda selepas mengambil pengalaman yang pernah dilalui oleh ibunya, Selimah Talib, 52.

"Masa sekarang saya masih boleh menjaga Rayqal dengan baik tetapi apabila mula bekerja nanti, saya kena pandai aturkan masa.

"Insya-Allah, saya akan memulakan pengambaran mulai April atau Mei depan.

"Antaranya adalah drama bersiri Puteri musim ke-11," beritahu wanita kacukan Melayu dan Myanmar ini.

Pelakon utama drama bersiri Puteri ini juga tidak kisah seandainya Rayqal selalu datang ke rumah bekas mertuanya sekurang-kurangnya Rayqal mendapat lebih kasih sayang daripada mereka semua.

"Saya tak percayakan pembantu rumah untuk menjaga anak saya dan lebih suka keluarga saya atau keluarga bekas suami yang menjaganya," tegasnya.

Kegembiraan jelas terpancar di wajah Nora saat bersama Rayqal bagaikan tidak mahu lepas menatap puteranya itu di depan mata.

Apabila diamati, wajah Rayqal saling tak tumpah mengikut wajah ibu Nora.

Lagipun semasa Nora hamil dulu, dia banyak menghabiskan masa bersama ibunya.

"Rayqal tak banyak meragam. Dia cuma nak minum susu, tidur dan suka bercakap.

"Saya berharap saya dapat menjadi seorang ibu seperti ibu-ibu yang lain dan mahukan yang terbaik untuk Rayqal serta mendapat kasih sayang yang cukup daripada keluarga," tutur Nora.

Rayqal dilahirkan pada 7 Januari lalu di Hospital Gleneagles, Ampang.

Nora dan Rizal bernikah pada Jun 2006 di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan